CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 125|Reply: 0

Rundingan damai Sudan di Jeddah

[Copy link]
Post time 8-5-2023 12:22 PM | Show all posts |Read mode

KERETA kebal milik tentera Sudan mengawal sebuah kawasan di selatan Khartoum kelmarin. -- AFP


Rundingan damai Sudan di Jeddah

JEDDAH – Wakil tentera Sudan dan kumpulan separa tentera, Pasukan Sokongan Pantas (RSF) tiba di Arab Saudi untuk run­dingan langsung selepas perang selama tiga minggu di Khartoum menyebabkan beratus-ratus orang terbunuh dan ramai lagi cedera, lapor akhbar The Guar­dian kelmarin.

Kedua-dua belah pihak bertemu untuk merundingkan gencatan senjata jangka panjang bagi membolehkan bantuan disalurkan kepada berjuta-juta orang awam yang terdesak selepas terperangkap dalam pertempuran.

Kenyataan bersama Amerika Syarikat (AS) dan Arab Saudi yang menganjurkan rundingan damai antara tentera dan RSF selepas beberapa percubaan sebelum ini sia-sia menyatakan: “Washington dan Riyadh menggesa kedua-dua belah pihak mengambil berat kepentingan Sudan dan rakyatnya serta terlibat
secara aktif dalam rundingan bagi mencapai gencatan senjata dan menamatkan konflik.”

Pertempuran dan serangan udara ke atas kawasan perumahan dilaporkan di timur Khartoum kelmarin, manakala di pusat bandar saksi-saksi berkata, serangan udara dan letupan berterusan berlaku pada hari sebelumnya termasuk berhampiran lapangan terbang.

Perang saudara di Sudan tercetus selepas ketua tentera yang dianggap sebagai pemimpin belakang tabir Sudan, Jeneral Abdel Fattah al-Burhan berkonflik dengan RSF yang diketuai timbalannya, Jeneral Mohamed Hamdan Dagalo.

Dalam pada itu, di bandar Bahri, seberang Sungai Nil, jet-jet perang kedengaran semalaman diikuti letupan yang mengejutkan penduduk.

“Kami tidak meninggalkan rumah kerana kami takut terkena peluru sesat,” kata seorang lelaki yang memberikan namanya sebagai Ahmed.

Sementara itu, kereta duta Turkiye ditembak oleh pe­nyerang tidak dikenali, kata sumber diplomatik Ankara tetapi diplomat berkenaan tiba di kedutaannya dalam keadaan selamat.

Bagaimanapun, Menteri Luar Turkiye berkata, Ankara akan memindahkan kedutaannya dari Khartoum ke Pelabuhan Sudan susulan kejadian tersebut. RSF dan tentera Sudan menuduh antara satu sama lain sebagai mendalangi serangan itu.

Konflik di Sudan telah mengorbankan kira-kira 700 orang, ramai antara mereka terbunuh di Khartoum dan wilayah barat, Darfur, demikian menurut angka daripada pertubuhan Armed Conflict Location and Event Data Project.

Sementara itu, beberapa penganalisis berkata, Abdel Fatah dan Mohamed Hamdan, penaja serta penyokong serantau mereka tidak berminat untuk menamatkan pertempuran sekarang kerana masing-masing percaya boleh mengalahkan antara satu sama lain bagi menguasai Sudan dan sumber alam semula jadinya.

Selain AS dan Arab Saudi, usaha damai tersebut turut menyaksikan penglibatan Britain, Emiriyah Arab Bersatu, Liga Arab, Kesatuan Afrika dan beberapa kumpulan lain. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... ai-sudan-di-jeddah/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.048157 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list