CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 125|Reply: 0

Man City tidak gentar jumpa Real Madrid

[Copy link]
Post time 8-5-2023 11:08 AM | Show all posts |Read mode

Pemain tengah Manchester City, Bernardo Silva tidak gentar berdepan Real Madrid pada aksi separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah di Santiago Bernabeu esok. - Foto AGENSI

MANCHESTER: Pemain tengah Manchester City, Bernardo Silva tidak gentar berdepan Real Madrid pada aksi separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah esok.

City bertemu Real di peringkat sama tahun lalu dan begitu hampir untuk mara ke final apa Riyad Mahrez menjadikan kedudukan 5-3 secara agregat untuk City, tetapi dua gol Rodrygo mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Penalti Karim Benzema pada minit ke-95 membawa Real ke final bertemu Liverpool sebelum gergasi Sepanyol itu muncul juara.

Kini City kembali ke Bernabeu untuk membalas dendam dan Bernardo berkata, pasukannya tidak gentar berdepan anak buah Carlo Ancelotti kali ini.


"Kami menghormati mereka, tetapi tidak gentar langsung. Kenapa perlu takut? Kami akan cuba mengekalkan momentum yang dibina sejak dua bulan lalu dan yakin dapat menewaskan mereka.

"Ia bukan berkenaan lencana, ia tentang pemain-pemain yang berada di atas padang. Kali ini kami akan tampil berbeza," kata Bernardo.


Penyerang Real Madrid, Karim Benzema (tengah) menjaringkan gol kemenangan ketika aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah menentang Manchester City di Santiago Bernabeu tahun lalu. - Foto AFP

Liga Juara-Juara Eropah satu-satunya trofi yang belum dimenangi Pep Guardiola bersama City. Bagaimanapun Bernardo berkata, trofi Eropah itu bukan misi tunggal mereka musim ini.

"Kami tidak boleh nafikan yang kami benar-benar mahukannya kerana kami belum pernah memenangi pertandingan ini. Kami berada di kedudukan terbaik untuk menjuarai tiga trofi.

"Final Piala FA adalah pertembungan derbi, ia bagus untuk penyokong kami. Kemudian Liga Juara-Juara adalah idaman kami, dan Liga Perdana Inggeris bakal menjadi yang kelima dalam tempoh enam tahun serta akan mencatat sejarah.

"Saya tidak dapat nyatakan yang mana paling kami mahukan. Saya mahukan semuanya. Kami akan terus berjuang, kami boleh menang kesemua trofi, tetapi kami juga mampu kehilangan semua," katanya. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... r-jumpa-real-madrid
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.408577 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list