CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3402|Reply: 4

ADIK PENAGIH DADAH

[Copy link]
Post time 7-5-2023 11:44 PM | Show all posts |Read mode
Salam. Rasanya dah banyak thread berkaitan perkara ini, tapi saya cuba untuk buka thread baru. Please semua. Minta pertolongan dan pendapat mengenai apa yang berlaku ke atas keluarga saya. Semoga ada yang sudi membantu.

Ceritanya adik saya umur 25 tahun, terlibat dengan penyalahgunaan dadah hampir 5 tahun. Sepanjang tempoh tersebut, mak saya lah orang yang sentiasa menangis mengenangkan nasib anak bongsunya itu. Bapa yang meninggal mungkin sebab itu adik bongsu kurang kasih sayang dan seolah dipinggirkan. Saya tahu penagih ni sukar nak pulih tapi ats sedikit lagi usaha yang berbaki ini, demi untuk melihat mak saya tersenyum sebelum menutup mata, saya nak cuba usahakan untuk bantu adik dari berterusan terjerumus ke peringkat yang lebih teruk atau lebih buruk berhalusinasi. Kadang-kadang bila khayal, dia akan mengamuk dan jadikan mak saya mangsa. Habis barang2 rumah dirosakkan namun setakat ini belum menggunakan senjata2 tajam dan merbahaya. Pernah kami call polis tapi polis tak dapat buat apa2 kerana tidak mendatangkan kecederaan. Apa ni?? Nak tunggu berlaku apa2 yang buruk baru polis nak ambik kes ke?


Minggu lepas polis datang buat tangkapan dan test urine positive dan ada sebiji pil bersamanya. Yang ni member2 diorang jugak yang report sebab tak puas hati pasal dadah la. Kes dibawak ke mahkamah dan saya ikatjamin dan sekarang menunggu kes dibicarakan pada bulan Julai nanti. Saya tak pasti perjalanan kes ni macamana dan sekiranya ke penjara, saya harap dia boleh berubah.

Tetapi seandainya bebas, apakah ikhtiar yang boleh saya lakukan untuk pulihkan dia? Kalau disuruh ke tempat pemulihan secara rela memang dia tak nak. Jadi melalui paksaan sahaja yang boleh dilakukan. Adakah AADK boleh bantu? Ada sesiapa yang pernah hadapi situasi ahli keluarga/kwn2 yang telibat dengan penagihan ini? Maaf saya buntu untuk start. Semoga ada yang sudi berkongsi pandangan. Terima kasih....


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2023 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiyo... report AADK lah? Dah 5 tahun nnti rosak otak tu mmg no turning back..  dia pakai dadah pil tu, maksud nya ice, meth la kan?

Sorry i tak kenal sgt dadah2 ni.. kalo hisap2 mcm rokok tu ganja la kan...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau TT ada duit lebih, ikhtiarkan daftar masuk PENGASIH. Pengalaman saya lihat 2 org sepupu saya ikuti program mereka. Alhamdulillah kembali ke pangkal jalan dengan syarat jauhkan adik TT dari kawan2 sepenagih apabila habis program tersebut. Yuran mmg mahal, masa daftar ribu2. Bln2 dlm rm1.5k jgk dua tiga tahun lepas. Kalau x mampu, cuba hantar AADK.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2023 11:55 AM | Show all posts
semoga urusan TT di permudahkan

Ye Pengasih dan jika boleh hantarla kemana mana agar dia boleh berubah. Hmm payah bila once dah terkena ketagihan dadah ni. Hanya diri sendiri je dapat mengubah semuanya. Tapi he is still young moga ada sinar menanti.

Stay firm and stay strong
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2023 02:56 PM | Show all posts
Kalau dah berhalusinasi mcm2 tu most likely Meth/Ice/Syabu la kot.. antara yang hard core..
Kalau nak deal dengan penagih ni satu aje.. hati kena kering...
kalau nak hantar berubat tu kita jangan amik tau dah pasal diorang ni for the first 1 to 3 bulan.. sebab penagih ni rata2 mulut manis pandai temberang / berlakon no 1..

Kawan aku punye adik mcm ni la.. masuk tempat dah lah mahal.. tiap2 hari telefon mak dia cerita mcm2, nak mati la, kena dera la, tak makan la.. lepas tu mak dia amik bawak balik.. 2-3 kali mcm tu jugak.. last2 member aku dah malas nak amik tau dah.. mak dia kesian sangat.. padahal benda tu untuk kebaikan dia gak..

Memang tak dinafikan la, proses apa nama tu nak stop tu memang perit.. kalau dengar cerita diorang mmg 3/4 nyawa hilang la dia punye siksa tu..

dan satu lagi... bila dah baik tu... tolong la jaga diorang ni.. sebab tak guna kalau dah go through all the pain and suffering pastu keluar 2-3 bulan, amik dadah balik... support system kena bagus.. tapi ye la mcmana nak jaga diorg 24 jam kan.. terpulang pada diri masing2 gak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.052187 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list