CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 85|Reply: 0

Pemain hilang fokus - Elavarasan

[Copy link]
Post time 7-5-2023 08:49 AM | Show all posts |Read mode
Pemain hilang fokus - Elavarasan


Aksi pemain negara ketika menentang Thailand. Foto ihsan FAM.


PHNOM PENH: Hilang fokus dianggap menjadi punca skuad bawah 22 (B-22) tahun negara tewas 0-2 kepada Thailand dalam aksi kedua Kumpulan B di Stadium Prince, di sini, hari ini.

Ketua jurulatih skuad B-22, E Elavarasan bagaimanapun menjelaskan bahawa peluang untuk merebut slot ke separuh akhir Sukan SEA Kemboja 2023 masih terbuka.

Katanya, barisan pemain negara tetap menunjukkan perkembangan positif walaupun mereka kini berdepan tugas getir apabila perlu menewaskan juara bertahan, Vietnam, Isnin ini.

"Malaysia bukan pasukan yang sangat lemah. Kami memulakan permainan hari ini dengan baik, namun kami bolos satu gol dan selepas itu kami hilang konsentrasi.

"Kalau kita dapat gol pun semangat akan naik juga dan dengan keadaan cuaca (panas) macam ini, siapa yang jaringkan gol dulu mereka akan dapat fokus untuk bertahan.

"Paling penting mentaliti pemain kami, mereka mahu bermain, mereka mahu menang dan saya yakin perlawanan seterusnya kami akan buat lagi baik," katanya selepas perlawanan.

Kekalahan itu menyaksikan skuad negara jatuh ke tangga ketiga Kumpulan B dengan mengumpul tiga mata manakala Thailand dan Vietnam yang menghuni kedudukan dua teratas berkongsi enam mata.

Sementara itu ketua jurulatih Thailand, Ithsara Sritharo menyifatkan tempat ke separuh akhir masih belum terjamin buat pasukannya walaupun berjaya mengalahkan Malaysia.

"Ini adalah kemenangan hasil daripada usaha pemain dan semua staf. Selepas ini kami perlu melihat keadaan pemain dan kemungkinan kami perlu melakukan penggiliran pemain," katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... ng-fokus-elavarasan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.542394 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list