CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 449|Reply: 1

Suami Kongsi Video Isteri Jinakkan Buaya Besar

[Copy link]
Post time 6-5-2023 04:55 PM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita mengundang keterujaan ramai selepas videonya ketika menjinakkan seekor buaya bersaiz besar tular di media sosial.


Lelaki yang dipercayai suami wanita tersebut bertindak berkongsi video itu di TikTok, menggunakan nama Mr Habib, yang menunjukkan wanita itu sedang memberikan arahan kepada buaya tersebut.






Apa yang mengejutkan, buaya yang berada di dalam air itu dilihat menuruti arahan yang diberi supaya bergerak ke kanan dengan hanya menunjukkan tangan ke arah tersebut.


Tambah mengejutkan apabila didapati ada seekor lagi buaya yang juga bersaiz besar berada di daratan, berhampiran wanita itu yang kelihatan gembira dengan kerjayanya itu.


“Buaya pun dia arah macam tu ja, lepas ni kalau tak nampak dah content (kandungan) kat TikTok, maknanya aku ada buat salah besar la tu,” selorohnya pada kapsyen.





Perkongsian itu bukan sahaja mengujakan orang ramai malah turut terhibur dengan kebolehan isterinya yang bekerja di Zoo Negara itu.


Video itu berjaya meraih sebanyak 376,000 jumlah tontonan sejak ia dikongsikan semalam dengan 23,300 tanda suka.




Sumber: Kosmo! Online, TikTok mohdhabibullah01
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2023 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
lepas ni kalau tak nampak dah content (kandungan) kat TikTok, maknanya aku ada buat salah besar la tu,”


Gurauan tak bertempat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.047115 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list