View: 601|Reply: 8
|
Bandar Kluang Antara 10 Bandar Paling Bahagia Di Malaysia
[Copy link]
|
|
Kluang – Pemilihan Bandar Kluang sebagai Bandar Paling Bahagia daripada 10 bandar di Malaysia bukan hanya meliputi kehidupan penduduknya namun merangkumi semua aspek termasuk pembangunan yang sedang dilaksanakan.
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, perancangan tersusun oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) serta wakil rakyat di bandar ini menjadi salah satu aspek menjadikan Kluang terpilih daripada 117 PBT yang mengambil bahagian.
Katanya, turut menjadi aspek penting menyumbang kepada kebahagiaan penghuni di bandar ini adalah dari audit ekonomi, budaya, pendidikan serta aktiviti komunitinya.
“Pengukuran Indeks Kebahagiaan di Malaysia sebenarnya dijalankan melalui Program Jaringan Penunjuk Mampan Bandar Luar Bandar Malaysia yang dikenali sebagai MURNInets dan merupakan satu sistem di bawah seliaan PLANMalaysia bagi mengukur kemampanan kawasan PBT di Malaysia.
“Indeks Kebahagiaan merupakan pengukuran umum terhadap tahap kesejahteraan penduduk merangkumi aspek kesejahteraan mental, fizikal dan kerohanian (spiritual),” katanya selepas merasmikan Program Kluang Bandar Bahagia Masyarakat Malaysia MADANI @ Dewan Pekan Rabu, Kompleks Pekan Rabu, di sini, hari ini.
Menurut beliau lagi, kayu ukur lain yang digunakan juga untuk menghasilkan indeks ini adalah komuniti yang berdaya hidup, kepelbagaian budaya, kesihatan, pendidikan, kepelbagaian ekologi dan kecekapan urus tadbir.
Ujarnya, dalam menambahbaik kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat, antara misi utama KPKT ialah untuk PBT menyampaikan khidmat terbaik kepada rakyat.
Akmal (kanan) melawat pameran Kluang Bandar Bahagia di Kompleks Pekan Rabu di Kluang, Johor, hari ini.
“Ini termasuklah beberapa perkara yang sering digariskan iaitu bagi memastikan, jalan raya rata serta tidak berlubang, pemasangan lampu yang terang, Longkang yang bersih selain tidak tersumbat dan tandas awam yang bersih, menawan dan wangi,” katanya.
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by antikorok at 6-5-2023 06:20 PM
Haku tak setuju, jalan raya kat Johor rata2 ni stress yakmatt, dah ler jalan dua lorong walaupun nak ke antara daerah contoh Muar ke Tangkak or ke Batu Pahat, dengan lori nyehhh, jalan takde bahu jalan nyeh, belom masok perangai pemandu puaka dari neraka yg memotong dari arah bertentangan masok laluan kita sikit lagik nak bertembong dgn kita, yihhhh. Harga rumah pong mahal namampos kat Johor ni, better Melaka la rumah teres tanah punggg masih mampoo milik. Harga makanan mahal serba serbi sebab faktor dekat dgn negara jiran org Singa berpura-pura. Kalau masok faktor kos sara hidop dan kos rumah dan kadar jenayah, tak bahagia langsong |
|
|
|
|
|
|
|
Biar betoll.. 2 days ago aku datang lepak sini sbb nak pi minom kopi kat original kluang rail station tu
Ini penipu ni result ni.... bandar yang aku tak rasa nak repeat jejak pun lepas neh |
|
|
|
|
|
|
|
Deme amik survey drp sapa? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau membesar dalam bandar macam tu, memang boleh tahan..... kalau dah biasa dengan KV, matilanak...... tapi memang tenang belah malam.... sejuk....hijau.....layan view bukit2 sikit, tak padat.....
takde pe sangat kluangkopi tu, sama je dengan cawangan dia kat shalam.. nak sangat vibe railway, chong kok kopitiam seberang stesen komuter klang tu pun ada.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bandar raya Petaling Jaya, Manjung dan Kluang diiktiraf sebagai antara 10 Bandar Paling Bahagia 2022 di Malaysia sempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia yang jatuh pada 20 Mac setiap tahun.
Turut tersenarai adalah bandar Gua Musang, Klang, Kulai, Krai, Kuantan, Rompin dan Alor Gajah yang dipilih sebagai bandar paling bahagia melalui Kajian Indeks Kebahagiaan Malaysia 2022 yang dijalankan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 6-5-2023 08:18 PM
bahagia sbb pergi kerja 10-15minit sampai ofis ka, pergi mall 10 minit sampai atau byknya kebun sawit makan hasil x kerja pun x pe, penduduk x padat kurang jem kurang pencemaran nyaman tidur weekend memancing |
|
|
|
|
|
|
|
tahla iols tak minat pulak, tapi suasana dia sesuai la untuk orang pencen, tenang gitu tak rushing macam KL, Penang, JB. Dia santai2 gitula. Tapi apa je ada kat sana? bus stand pun lama. Macam banyak pokok sawit je |
|
|
|
|
|
|
| |
|