View: 326|Reply: 2
|
Rampas Lebih RM3 Juta Sarang Burung Walit Tidak Sah
[Copy link]
|
|
Sibu: Serbuan ke atas empat premis di sekitar bandar ini merampas sarang burung walit bernilai lebih RM3 juta dan menahan enam individu.
Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, serbuan hasil operasi Op Bersepadu Khazanah membabitkan Sarawak Forestry Corporation (SFC) Sibu dan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima Sibu, Rabu lalu.
"Empat premis terbabit dijadikan tempat memproses serta menjual sarang burung walit di sekitar bandar ini dan hasil pemeriksaan menahan lima lelaki dan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 27 hingga 45 tahun," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zulkipli berkata, pemeriksaan lanjut terhadap semua premis mendapati terdapat beberapa kesalahan seperti tidak memiliki lesen serta membeli sarang burung walit daripada sumber yang tidak sah.
"Selain itu berlaku kegiatan eksport keluar tanpa permit dan kesemua suspek pernah ditangkap atas kesalahan mengeksport sarang burung walit tanpa permit dari Kontroler Hidupan Liar Sarawak.
"Keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM3,091,229," katanya yang memberitahu kes itu disiasat mengikut Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
"kita olang talak tipu maaa...kita olang pandai,meniaga maaa"-Wa Lor... |
|
|
|
|
|
|
| |
|