View: 412|Reply: 0
|
Satu Kehilangan Besar Dan Saya Sangat Sedih Ridzuan Hashim Dah Tak Ada - Azhar Sulaiman
[Copy link]
|
|
Ramai masih berduka cita atas pemergian Allahyarham Ridzuan Hashim, semalam terutama rakan artis.
Menerusi TikTok, pelakon Azhar Sulaiman meluahkan rasa sebaknya selepas mendengar berita duka cita mengenai pemergian aktor itu akibat serangan jantung.
Dia menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar dalam industri hiburan tanah air.
IG
Malah, pelakon itu juga sempat mengimbau detik awal perkenalannya bersama Allahyarham ketika mula menceburi diri dalam bidang lakonan.
“Pemergian abang Ridzuan Hashim atau pun abang Awin yang saya kenal sejak saya muda lagi adalah satu kehilangan yang sangat besar dalam industri seni kita. Saya kenal dia masa saya baru berlakon lagi masa tu dia model.
“Saya dibesarkan dengan nama-nama seperti Roslan Baba, Sulaiman Hashim dan Ridzuan Hashim, ni nama-nama yang kakak saya selalu sebut masa zaman saya kecil dulu. Mereka ni macam lelaki idaman kakak-kakak saya.
“Jadi, one day dah jadi pelakon saya pun berkawan dengan mereka. Saya pun belajar banyak perkara tentang nak menjadi gentleman dengan mereka.
“Satu kehilangan yang besar dan saya sangat sedih dia dah tak ada. So, jomlah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Ridzuan Hashim. Semoga berehat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,” katanya.
Sumber: Xtra |
|
|
|
|
|
|
| |
|