CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 923|Reply: 5

Nazim Othman Jelaskan Video Tular Disalah Tafsir, "Yang Dicium Bukan Hajarul Aswad Tapi..."

[Copy link]
Post time 5-5-2023 11:55 AM | Show all posts |Read mode




Beberapa hari lalu tular dengan satu video yang dikongsikan oleh Nazim Othman ketika mengerjakan Umrah di Tanah Suci. Dalam rakaman tersebut dipaparkan pelakon lelaki ini mencium Kaabah dengan wajah yang tersenyum.


Bagaimanapun, beberapa artikel telah dikeluarkan dengan mengatakan Nazim Othman tersenyum selepas 'berebut' dan berjaya mencium Hajarul Aswad. Disebabkan oleh kenyataan yang tidak benar itu, Nazim Othman menjelaskan yang dicium olehnya itu bukan Hajarul Aswad.


Menurut pelakon lelaki ini dia berjaya mencium penjuru Kaabah dan bukannya seperti yang ditularkan sebelum ini. Menyangkal dakwaan ramai itu, Nazim Othman bagaimanapun bersyukur kerana disebabkan video itu ramai yang mula 'buka mata' tentang struktur bangunan Kaabah itu secara tidak langsung.


Detik Nazim Othman berjaya mencium penjuru di Kaabah




Tambah Nazim juga, videonya yang tular sebelum ini ada dengan niat untuk membuatkan sesiapa yang melihat terdetik untuk ke tanah haram. Namun dia tidak menyangka akan tular dan peminat tersalah tafsir mengenainya. Apa yang dicium oleh Nazim Othman adalah Penjuru Yamani, iaitu bahagian batu asal kaabah yang tak pernah diubah-ubah.


Berikut adalah perkongsian video dengan penerangan yang dituliskan oleh Nazim Othman menerusi akaun TikTok miliknya:





Selain dari itu, Nazim juga mengucapkan syukur kerana berjaya menarik perhatian ramai dengan video bermanfaat sebegitu. Malah dia juga mengucapkan terima kasih atas segala doa yang baik dan mengharapkan Allah tetapkan takdir yang baik-baik untuk semua. -CARI




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2023 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Photogenic ya he ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2023 10:08 AM | Show all posts
aik sape plak amek gambo dia ek?
mana mungkin dia amek sendiri kan?
ehh camne ek?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2023 10:58 AM | Show all posts
Gigih betul photographer itu ...

Setiap sudut Kaabah memang penuh sesak ... org berasak2 .. Aku sampai demam kene asak ... huhu

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2023 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Mutawwif dia yg tlg ambil gambar...sy selalu tgk tt nazim ni...seronok dgr dia borak2..haha..tp kejap jelah dlm 5 minit..dia rajin live tt
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2023 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 dah tak menonggeng lah yer lepas balik nanti...

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.066410 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list