CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 155|Reply: 0

Pembantu Rumah Dipukul, Ditampar, Ditekap Seterika Oleh Majikan

[Copy link]
Post time 5-5-2023 10:23 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Seorang pembantu rumah warga asing didera oleh majikannya, dipukul, ditampar dan pernah dicederakan di bahagian tangan dengan seterika.


Bagaimanapun dia diselamatkan oleh pihak polis selepas menerima laporan, 23 April lalu.


Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang lelaki tempatan yang mengesyaki jirannya mendera pembantu rumah di sini, 12.50 tengah hari, 23 April lalu.




Gambar Hiasan




"Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati wanita warga asing berusia 39 tahun itu mengalami kecederaan serius iaitu melecur hampir seluruh badan dan lebam di kedua-dua mata serta muka.


"Mangsa yang bekerja sebagai pembantu di rumah berkenaan selama hampir setahun enam bulan menyatakan sering dipukul, ditampar dan pernah dicederakan oleh majikannya di bahagian tangan dengan seterika," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Amihizam berkata, mangsa sudah mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan kini ditempatkan di rumah perlindungan.


"Barang kes yang dipercayai digunakan oleh suspek bagi mencederakan mangsa turut dirampas bagi membantu siasatan.


"Kertas siasatan kes ini sudah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara, Putrajaya. Suspek dalam kes ini yang juga majikan mangsa iaitu pasangan suami isteri berusia 34 dan 33 tahun akan dihadapkan ke Mahkamah Kuala Lumpur esok untuk dituduh di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007," katanya.


Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti pemerdagangan manusia diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk memberi keterangan.


"Aktiviti jenayah lain di daerah ini juga boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya. -CARI


Sumber: Harian Mero
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.046401 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list