CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 159|Reply: 0

[Perlis] Petrol, diesel bersubsidi diseleweng kepada kenderaan plat Thailand

[Copy link]
Post time 4-5-2023 02:13 PM | Show all posts |Read mode
Petrol, diesel bersubsidi diseleweng kepada kenderaan plat Thailand


Oleh Aizat Sharif - Mei 4, 2023 @ 1:48pm bhnews@bh.com.my




Anggota KPDN Perlis menyerbu Jalan Wang Kelian, Padang Besar dan merampas diesel yang cuba diseleweng kepada kenderaan Thailand. - Foto NSTP/Ihsan KPDN




PADANG BESAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas sebanyak 1,150 liter petrol dan diesel bersubsidi, dipercayai diseleweng bernilai RM13,457.50 dalam dua serbuan di kawasan tanah lapang, Jalan Wang Kelian, di sini semalam.

Pengarah KPDN Perlis, Norazah Jaapar, berkata serbuan menerusi Ops Tiris itu dilakukan sekitar jam 11.15 pagi dengan kekuatan tujuh anggota yang membuat risikan sejak beberapa minggu lalu.

"Serbuan di lokasi pertama, terdapat sebuah kereta sedang menyedut keluar bahan api disyaki diesel dari tangki tambahan kereta itu dengan menggunakan pam penyedut minyak berserta hos masuk ke dalam tong dram.

"Hasil pemeriksaan lanjut ke atas lokasi ini menemui sejumlah anggaran 1,000 liter diesel yang dianggarkan berjumlah RM7,850," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, dalam serbuan itu seorang remaja lelaki warga tempatan berusia 17 tahun yang berada di lokasi serbuan turut ditahan.

"Suspek mengaku sebagai pengambil upah bagi kegiatan penyelewengan diesel dan dia ditahan bagi membantu siasatan.

"Selain diesel, kita turut menyita tong dram, pam penyedut minyak, paip getah penyedut minyak dan kereta yang mempunyai tangki tambahan," katanya.

Norazah berkata, serbuan di lokasi kedua pula dianggarkan sebanyak 150 liter petrol ditemui di dalam tong dram bersama peralatan lain yang digunakan untuk kegiatan penyelewengan minyak petrol.

"Bagaimanapun, kita tidak menjumpai sebarang individu di lokasi terbabit dan sebuah kereta yang mempunyai tangki tambahan turut dijumpai di lokasi berkenaan.

"Nilai rampasan di lokasi kedua dianggarkan berjumlah RM5,607.50," katanya.

Beliau berkata, modus operandi bagi kes ini kenderaan tempatan akan membeli diesel dan petrol di beberapa stesen minyak dalam negeri ini.

"Bahan api itu kemudian dibawa masuk ke kedua-dua lokasi serbuan berkenaan untuk dijual kepada kenderaan berpendaftaran Thailand.

"Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961, jika disabitkan boleh didenda tidak lebih RM1,000,000 manakala bagi kesalahan berikutnya, tidak melebihi RM3,000,000 bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua- duanya sekali.

"Bagi syarikat pula, boleh didenda tidak melebihi RM2,000,000 dan bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5,000,000," katanya.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.069132 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list