View: 1126|Reply: 3
|
Dhabitah Sabri Jatuh Cinta Dengan Jiggy Masin Di Tepi Kolam
[Copy link]
|
|
Nur Dhabitah Sabri dan Jiggy Masin sudah selamat bernikah dalam satu majlis tertutup pada Jumaat lalu.
Menerusi video yang dimuatnaik Dhabitah, 23, di laman Instagram miliknya, ia memberi bayangan yang kedua-dua mereka mula jatuh cinta antara satu sama lain ketika menjalani satu sesi penggambaran sebuah program televisyen.
Jatuh cinta di tepi kolam katanya.
Foto: IG
Dalam video itu menunjukkan Dhabitah menyelamatkan Jiggy atau nama sebenarnya, Mohamad Aizat Ahmad Nazri, 33, daripada lemas di sebuah kolam renang dan cuba memberikan bantuan kecemasan kepada pelakon berkenaan.
Menerusi keterangan pada gambar dan video yang dimuat naik itu, Dhabitah menulis: "What a plot twist you were" bersama emoji hati.
Antara yang memberikan komen adalah rakan sepasukan Dhabitah dalam skuad terjun negara, Ooi Tze Liang menerusi akaun Instagram miliknya ooitzeliang_official yang menulis: Hensem dan comel bergabung.
Dhabitah turut membalas: Hahaha… bergabung meletup?
Jaguh lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin turut memberikan komen dengan mengucapkan tahniah kepada Dhabitah dan suaminya termasuklah penerjun, Wendy Ng dan bekas ratu gimnastik artistik negara, Farah Ann Abdul Hadi. -CARI
Sumber: Berita Harian
|
|
|
|
|
|
|
|
mesti time tu jiggy tengah pakai baju superman sambil buat gaya terbuai2 tu..wakakakkakaka |
|
|
|
|
|
|
|
Masih mode terkilan. Why bitah whyyyyy |
|
|
|
|
|
|
|
Sampin dia terselak or mmg style mcm tu? |
|
|
|
|
|
|
| |
|