CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1309|Reply: 1

Fungsi Ubat Gegat, Rupanya Bukan Untuk Lipas Tapi Serangga Lain, Patutlah Makin Banyak!

[Copy link]
Post time 3-5-2023 01:39 PM | Show all posts |Read mode
Fungsi Ubat Gegat, Rupanya Bukan Untuk Lipas Tapi Serangga Lain, Patutlah Makin Banyak!



Tiada siapa yang tahu, mungkin terdapat sesetengah orang menggunakan ubat gegat untuk menghalau lipas. Namun, pernahkah terdetik di hati anda dan berasa pelik mengapa pula lipas ini tidak hilang atau mati, malah bertambah semakin banyak?

Sebenarnya kalau anda nak tahu, ubat gegat tidak memberikan kesan langsung kepada lipas tetapi kepada serangga lain. Info bermanfaat ini telah dikongsikan oleh seorang pekerja Pest Control. Sekiranya nak tahu lebih lanjut, mari teruskan pembacaan anda di bawah!


UBAT GEGAT RUPANYA BUKAN FUNGSI MENGHALAU LIPAS


FUNGSI & KEGUNAAN UBAT GEGAT


Ramai lagi ya tak tahu yang ubat gegat tu sebenarnya bukan untuk lipas. Jadi kalau bukan untuk lipas guna untuk apa dan apa fungsi ubat gegat ni ? Jemput baca thread pasal ubat gegat ini.

Penggunaan ubat gegat untuk menghalau lipas boleh dikatakan mitos sahaja. Sebab aku sendiri pun pernah tengok lipas makan ubat gegat ni masa buat kerja pest control.

Jadi kalau bukan untuk lipas ubat gegat untuk serangga apa?

Sesuai dengan namanya Ubat Gegat, racun jenis ni sesuai dengan serangga yang bernama Gegat. Pernah dengar serangga nama gegat?

APAKAH SERANGGA GEGAT?




  • Gegat atau nama lain dia Silverfish atau ulat buku.
  • Orang selalu salah sangka dengan anak lipan serangga ni.
  • Serangga ini merupakan perosak dalam kategori Crawling Insect Pest.
  • Serangga ini tak berbisa, tapi boleh merosakkan banyak benda dekat rumah kita.
  • Silverfish atau Gegat suka duduk dekat tempat yang lembab dan sejuk.
  • Serangga ini dia boleh makan fabrik, kayu, buku, wallpaper dinding, sisa makanan dan macam-macam lagi.
  • Tapi paling biasa kita akan jumpa dekat buku-buku lama.


Dia paling suka makan gam pada kertas atau buku. Mungkin ada yang tak pernah nampak serangga ni, tapi sebenarnya dia banyak sahaja dekat rumah kita. Boleh dikatakan sama banyak dengan lipas.


BAGAIMANA UBAT GEGAT BERFUNGSI PADA SERANGGA GEGAT?



Jadi macam mana ubat gegat berfungsi hapuskan serangga ni ?

Kalau korang nak tahu, silverfish ini bergerak laju dan pandai menyelinap. Agak susah nak hapuskan guna semburan aerosol biasa. Nak sembur aerosol ni kalau kita nampak baru boleh sembur.

Ubat gegat ni diperbuat daripada bahan Dklorobenzina atau Naftalena (Naphtalene). Dua jenis bahan ni merupakan jenis bahan bakar.

Bau yang dihasilkan dari ubat gegat ini sebenarnya hasil dari gas yang meruap dari ubat gegat tersebut. Gas dari ubat gegat ini dapat meruap ke segenap ruang tempat yang kita letak ubat gegat ni.

Serangga gegat atau silverfish ini walaupun dia menyorok dekat celah-celah lipatan baju atau kertas di tempat simpanan, dia akan terkesan dgn gas dari ubat gegat ni.

UBAT GEGAT BERFUNGSI PADA SERANGGA LAIN


Selain dari tu, ubat gegat juga berkesan untuk Moth dan Kamitetep. Sebab tu ubat gegat ini omputih panggil Moth Ball. Moth ni pembiak kepada Kamitetep.

Gas dari ubat gegat ini tak bagi effect yang banyak untuk lipas, sebab lipas adalah serangga yang mudah imune dengan racun. Disebabkan itu, lipas boleh selamba makan sahaja ubat gegat ni.

Tak percaya try letak ubat gegat ini. Tengok lipas makin kurang atau makin banyak.

UBAT GEGAT TAK BAGUS UNTUK KESIHATAN BADAN MANUSIA TERUTAMA…


Penggunaan ubat gegat ini sebenarnya tak berapa bagus untuk kesihatan kita. Terutama untuk orang yang ada masalah penyakit G6PD.

Kesan dia untuk makanan pun agak kuat. Sebab tu bila kita letak ubat gegat dekat tmpat simpanan makanan, makanan tersebut akan ada sedikit rasa dan bau ubat gegat.

Sumber: Twitter Naim Pest Control
https://siraplimau.com/ubat-gegat-bukan-halau-lipas/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2023 02:22 AM From the mobile phone | Show all posts
laaaa..baru taw gamaknyee..thanks for the info
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

21-4-2024 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.049124 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list