CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 281|Reply: 0

Kacau Teman Wanita Punca 'Tam' Tikam Mati Rakan Guna Serpihan Botol Kaca

[Copy link]
Post time 3-5-2023 11:43 AM | Show all posts |Read mode
Berang teman wanita diganggu di sebuah pusat hiburan menjadi motif lelaki warga Vietnam membunuh rakan senegaranya.


Dalam kejadian di sebuah pusat hiburan di Taman Sri Kurau, Bercham pada 18 April lalu lelaki dikenali sebagai 'Tam' berusia lingkungan 30 hingga 40-an dipercayai menikam rakannya, Vo Thang Thong, 40, dengan serpihan botol kaca di leher dan dada di kawasan parkir berdekatan pusat hiburan itu.








Vo bagaimanapun disahkan meninggal dunia kira-kira 1 pagi keesokannya ketika dirawat di Zon Merah, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).


Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, kejadian berlaku ketika suspek bersama sekumpulan individu warga Vietnam berhibur di pusat hiburan karaoke itu sekitar 10 malam pada hari kejadian sebelum berlaku pertengkaran mulut sesama mereka.


Katanya, siasatan mendapati punca kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa dikatakan berkelakuan tidak senonoh dengan teman wanita salah seorang daripada enam lelaki kumpulan warga asing itu.


"ertengkaran berlarutan sehingga ke parkir kenderaan berdekatan pusat hiburan sebelum mangsa kemudiannya disyaki ditikam menggunakan botol kaca di bahagian leher dan dada oleh suspek utama (Tam).


"Rakan suspek yang lain membawa mangsa ke HRPB bagi mendapatkan rawatan, manakala suspek utama terus melarikan diri. Namun setibanya di HRPB, doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia," katanya dalam kenyataannya, malam ini.


Beliau berkata, susulan itu, tiga lelaki dan dua wanita warga Vietnam ditahan namun dibebaskan tanpa syarat selepas tempoh reman tamat.


"Sehingga kini, suspek utama yang disyaki menikam mangsa masih bebas manakala lima lagi yang ditahan didapati tidak terbabit dalam pembunuhan mangsa dan dibebaskan tanpa syarat," katanya.


Terdahulu, Yahaya dalam kenyataannya melaporkan lelaki dikenali dengan nama panggilan 'Tam' berusia lingkungan 30 hingga 40-an dengan memiliki ketinggian antara 165 hingga 170 sentimeter dikehendaki polis selepas terbabit dalam kes pembunuhan itu.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.281988 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list