CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 144|Reply: 0

Susulan Kematian Tahanan Palestin, Tentera Zionis Lancar Serangan Udara Ke Gaza

[Copy link]
Post time 3-5-2023 11:33 AM | Show all posts |Read mode
BANDAR GAZA – Tentera Israel melancarkan serangan udara dan berbalas bedilan dengan pejuang Gaza semalam, berikutan kematian seorang tahanan Palestin yang melakukan mogok lapar ketika dalam tahanan rejim Zionis.


Tentera Zionis berkata, ia membedil Gaza dengan menggunakan sejumlah kereta kebal sebagai tindak balas terhadap serangan roket dari kawasan Palestin yang disaksikan oleh wartawan AFP.


Serangan udara dilakukan ke atas Gaza dengan menyasarkan beberapa lokasi termasuk satu milik pejuang Hamas yang mengawal wilayah itu, demikian menurut sumber keselamatan dan saksi Palestin.




Foto: AFP




Sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam berkata, pihaknya bertindak balas dengan melancarkan bedilan peluru berpandu permukaan-ke-udara.


Tembakan tercetus selepas banduan Palestin berusia 45 tahun, Khader Adnan meninggal dunia, hampir tiga bulan selepas dia ditahan di Tebing Barat yang dijajah Israel kerana hubungannya dengan kumpulan pejuang Jihad Islam.


Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh menyifatkan kematian tahanan itu adalah pembunuhan yang disengajakan.


Beliau mendakwa Israel telah membunuh Khader dengan menolak permintaannya untuk dibebaskan, mengabaikannya dari segi perubatan serta ditahan di dalam sel walaupun keadaan kesihatannya teruk. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.078013 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list