CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 474|Reply: 7

Ibu Bapa Mengeluh Beban Beg Sekolah 10kg - “Nampak Macam Beg Galas Berjalan Sendiri”

[Copy link]
Post time 3-5-2023 09:45 AM | Show all posts |Read mode
Kaji selidik yang didedahkan portal berita The Mainichi melaporkan masalah beg sekolah yang berat sekali lagi membebankan bahu murid susulan sesi persekolahan baharu bermula di Jepun.


Menurut tinjauan sebuah syarikat di Tokyo, purata berat beg sekolah mengandungi buku teks dan barangan lain adalah lebih 4 kilogram, malah ada yang melaporkan berat beg sekolah melebihi 10 kilogram.


Hampir 30 peratus kanak-kanak yang ditinjau mendedahkan bahawa mereka berasa sakit pada badan.


Beberapa kerajaan tempatan telah lama menggesa berat beg sekolah dikurangkan dengan mengamalkan ‘okiben’ iaitu cara konvensional dengan meninggalkan buku teks di sekolah, namun ramai murid masih membawa pulang buku teks masing-masing.




Foto: Mainichi/Tadashi Kako



Bagi seorang murid gred satu di Kobe, punggungnya disembunyikan oleh beg galas sekolah sambil ibunya mengulas sambil tersenyum masam dengan berkata: “Seolah-olah beg galas berjalan sendiri.”


Menurut tinjauan melibatkan murid gred satu hingga tiga oleh syarikat Footmark Corp. iaitu pengeluar pakaian renang sekolah,  purata berat beg galas sekolah dengan barang di dalamnya meningkat daripada 3.97 kilogram dalam tahun 2021 kepada 4.28 kilogram pada 2022.


Sesetengah keluarga di Jepun berkata, beg galas anak mereka  boleh mencapai berat lebih 10 kilogram.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2023 12:52 PM | Show all posts
berita dari jepun eh ??
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2023 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Laah igtkan jepun ni fokus belajar tanam2 pokok, ke buat craft bagai
Tak gigih nk belajar byk subjek mcm kat malaysia ni rupanya sana pun sama gak ke.
Mujur laa tahun 1 skrg ada loker. So hanya perlu bawak buku teks je g sekolah skrg ni.
Buku aktiviti dan buku tulis semua tinggal kt sekolah.
Tidak takleh byg ler anak nk pikul, badan dh la kecik jenis rangka pun kecik. Bag sekolah tu pun tak terletak elok kat bahu dia sbb bdn lagi kecik dpd bag.
Nak wat cemana nak guna bag yg kecik tak muat plak buku sekolah nk letak
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2023 01:40 PM | Show all posts
lawa beg sekolah kanak2 jepun tu... sepeten je ke tu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2023 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
beg ransel jepun dah la berat dan mahal

tambah buku lagi.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2023 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Jepun kena contohi sekolah anak I siapkan locker utk students. LOL. Tiberrr Msia jadi negara contoh yah.
Murid tinggalkan buku teks kat sekolah.
Bwk balik buku latihan je yg kena buat homework.
Yg bebudak PPKI x yah bawak buku n buku latihan.
Semua lenggang lenggang kangkung aje.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2023 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Clan204 replied at 3-5-2023 01:40 PM
lawa beg sekolah kanak2 jepun tu... sepeten je ke tu...

Harga beg tu sama dengan jumlah bayaran yuran sekolah malaysia untuk 3 orang anak dari darjah 1 hingga tingkatan 5
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2023 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
sementara di negara kita sklh menengah bdk2 bawa beg sekolah ringan mcm nak g berjln2 sajo...bukan jadual yg sikit subjek tp bdk yg pemalas nak bawa buku. Tp kalau sekolah rendah mmg tak dinafikan bebannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.191497 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list