CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 878|Reply: 6

Penghadang Jalan Masuk Kereta, Nenek & Cucu Maut MPV Terbabas

[Copy link]
Post time 3-5-2023 09:29 AM | Show all posts |Read mode
Remaja berusia 14 tahun dan neneknya maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh besi.


Dalam kejadian pukul 5.10 pagi di Kilometer 42, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai di Kampung Pangkal Changgong, semalam, Nurin Damia Mohd. Nizam, 14, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala neneknya, Che Hasnah Jusoh, 67, disahkan meninggal dunia semasa dirawat di Unit Kecemasan Hospital Machang kira-kira pukul 8.30 pagi semalam.


Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Mohd. Adli Mat Daud mengesahkan kedua-dua mangsa menaiki sebuah MPV jenis Perodua Alza dipandu anak kepada Che Hasnah iaitu Muhammad Asyraf Abdul Manap, 26.




Anggota bomba mengeluarkan dua mangsa di dalam MPV jenis Perodua Alza yang terbabas di Kampung Pangkal Changgong, Machang semalam. -Foto BOMBA




Menurutnya, kenderaan tersebut dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur untuk pulang ke rumah Che Hasnah di Kampung Bunut Tok Mak Teh, Labok.


“Semasa tiba di lokasi kejadian, MPV itu dipercayai terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh penghadang jalan.


“Kejadian itu menyebabkan warga emas itu dan cucunya tersepit di dalam MPV terbabit. Nurin Damia disahkan meninggal di lokasi kejadian akibat kecederaan serius pada kepala manakala neneknya semasa dirawat di Hospital Machang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Mohd. Adli memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sementara itu, anak kepada Che Hasnah, Mohd. Afiq Safwan Abdul Manap, 28, ketika ditemui berkata, adiknya, Muhammad Asyraf yang memandu MPV itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar isterinya yang belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim di Perak.


Menurutnya, dari Tanjung Malim, mereka singgah ke Kuala Lumpur sebelum bertolak pulang ke Kelantan malam kelmarin.


“Nahas berlaku kira-kira lapan kilometer dari rumah kami. Mereka sudah dekat untuk sampai ke rumah sebelum kemalangan.


“Muhammad Asyraf memaklumkan, dia tertidur semasa memandu sebelum MPV dipandunya terbabas merempuh penghadang jalan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di unit forensik Hospital Machang hari ini.


Menurut Afiq Safwan, sebelum kejadian, dia ada menghubungi adiknya kira-kira pukul 1.45 pagi semasa dia sedang tidur di Hentian Rehat dan Rawat Gua Musang.




Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2023 09:35 AM | Show all posts
Salam takziah buat seluruh keluarga. kes tertido lgi. Allahu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2023 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Allahuakbar.
Innalillah.
Ada 1 kes yg kt federal tu tsusuk menda alah ni jugak tp mmg bukan ajal driver.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2023 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahuakbar. Benda tu memang tajam, kalau laju memang putus badan. Ada rider pernah jatuh dan putus kepala.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2023 02:40 PM | Show all posts
Kalau penat sangat mata asyik nak tutup masa driving, cepat2 lah cari tempat berhenti and tidur sekejap. Iols dah pernah merasa terbabas ke tepi sebab tertidur. Syukurlah masih bernyawa....Masa tu iols driving back to back 5 hours daily. Penat gila!
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2023 05:07 PM | Show all posts
Sedihnya, salam takziah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2023 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak cukup rehat jgn lah drive malam2.. tidur je lah .. gerak waktu siang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.052989 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list