CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 187|Reply: 4

[Perlis] Pasangan guru maut rempuh lori buat pusingan U

[Copy link]
Post time 2-5-2023 11:38 PM | Show all posts |Read mode
Pasangan guru maut rempuh lori buat pusingan U



Aizat Sharif
am@hmetro.com.my



KEMALANGAN yang mengorbankan pasangan suami isteri di KM7.6 Jalan Kangar-Padang Besar. FOTO Ihsan Pembaca




Padang Besar: Pasangan suami isteri maut selepas motosikal dinaiki merempuh belakang sebuah lori satu tan yang membuat pusingan U di Kilometer (KM) 7.6 Jalan Kangar-Padang Besar berhampiran simpang Alor Sena, Paya, Beseri, di sini hari ini.

Mangsa masing-masing berusia 32 dan 28 tahun berasal dari Langkawi yang bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di daerah ini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Padang Besar Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat 3.45 petang yang memaklumkan mengenai kemalangan itu.

"Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila pemandu lori dari arah Padang Besar sedang menghala ke Kangar membuat pusingan U untuk menghala balik ke Padang Besar.

"Kedua-dua mangsa yang menunggang dan membonceng motosikal Honda Vario yang datang dari arah Kangar tidak sempat untuk mengelak sebelum melanggar bahagian belakang lori itu," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, siasatan mendapati pemandu lori berusia 67 tahun itu tidak mempunyai lesen memandu yang sah.

"Kedua-dua mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Fauziah Kangar bagi urusan bedah siasat," katanya.

Beliau berkata, pemandu lori itu bagaimanapun tidak ditahan reman berikutan faktor usia serta didapati mempunyai masalah kesihatan dan pendengaran.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau memohon kerjasama orang ramai yang melihat kejadian untuk tampil membantu siasatan dan boleh terus menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor P Povandran di talian 0194702312.



Disiarkan pada: Mei 2, 2023 @ 10:30pm










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-5-2023 11:39 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2023 11:40 PM | Show all posts
la drebar lori dpt lepas eh atas faktor usia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2023 11:40 PM | Show all posts
patutnya bg lah tido lokap semlm.
biar dia merasa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2023 12:05 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 03:19 PM GMT+8 , Processed in 0.274848 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list