CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 745|Reply: 5

Galeri Ilham Penuhi Impian Mamat Khalid

[Copy link]
Post time 1-5-2023 11:06 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Ibarat kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan demikian perasaan ahli keluarga sutradara Allahyarham Mamat Khalid mengenai penubuhan Galeri Ilham yang bakal dibangunkan di Kampung Kuchai, Ipoh, Perak, tidak lama lagi.


Balu arwah Mamat, Hasmah Hassan, berkata barangan yang akan ditempatkan di galeri berkenaan sudah tersedia.


Katanya, arwah memang sangat teruja dengan projek Galeri Ilham itu sehingga sanggup mengeluarkan belanja sendiri bagi membeli segala kelengkapan untuk galeri berkenaan.






Cuma, katanya, dia hanya menantikan lampu hijau daripada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sebelum projek Galeri Ilham dapat dilaksanakan.


"Allahyarham sangat teruja mengenai projek Galeri Ilham ini bagi menghidupkan Bandaraya Ipoh dengan aktiviti kesenian.


"Sebenarnya, penasihat MBI ada bertemu dengan arwah untuk membincangkan mengenai projek ini dua bulan sebelum pemergiannya.


"Mengikut perancangan awal, MBI ingin mewujudkan Sarang Art Hub seperti di Tanjung Malim, tetapi selepas pemergian arwah projek itu diubah kepada galeri," katanya kepada BH Online.






Tambah Hasmah, disebabkan terlalu teruja dengan projek itu, arwah membeli segala barangan keperluan untuk ditempatkan di galeri walaupun perkara itu masih pada peringkat perbincangan.


"Arwah seronok kerana projek galeri bakal dibangunkan di tanah kelahirannya dan memilih sendiri lokasi di Kampung Kuchai, Ipoh.


"Jadi, belum apa-apa lagi, arwah sudah memborong barangan untuk diletakkan di galeri berkenaan. Secara kebetulan, ada restoran yang terletak di Amcorp Mall, Petaling Jaya ditutup. Restoran ini penuh dengan barangan klasik.


"Jadi, suami borong barangan antik di restoran ini," katanya.


Kata Hasmah, barangan antik itu ditempatkan di sebuah pusat penyimpanan yang disewa untuk menyimpan barangan.


Justeru, Hasmah berkata, dia memang mengharapkan projek galeri dapat direalisasikan bagi memenuhi impian arwah, selain mengelakkan pembaziran pada masa hadapan.


"Kami tiada apa-apa masalah, malah sangat berbesar hati dengan cadangan menubuhkan galeri ini.


"Cuma, ada beberapa isu termasuk tapak galeri yang masih belum selesai.


"Saya difahamkan MBI sudah menghantar permohonan ke Jabatan Tanah dan Galian Persekutuan sejak setahun lalu, namun sehingga kini masih belum ada sebarang jawapan," katanya.


Ujar Hasmah lagi, dia sanggup turun ke jabatan berkaitan di Putrajaya sekiranya perlu supaya projek penubuhan galeri dapat disegerakan.


"Kami sudah bertemu dengan MBI sebanyak dua kali untuk berbincang mengenai penubuhan galeri ini.


"Sekarang, kami hanya menanti MBI yang sudah membawa projek ini untuk kelulusan kerajaan pusat.


"Jika isu tapak galeri selesai, insya-Allah projek galeri ini dapat digerakkan.


"Saya dan keluarga sudah tidak sabar kerana selain perabot, banyak koleksi arwah seperti busana, kasut dan topi tersimpan.


"Daripada tidak digunakan, lebih baik dijadikan sebagai bahan pameran. Sekurang-kurangnya ada juga faedah daripada rosak begitu sahaja," katanya.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2023 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus idea ni.. semoga cepat terlaksana.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2023 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
tempat ni cantik & unik sgt..iols minat tgk barang² antik
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2023 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
habisnamadahni: tempat ni cantik & unik sgt..i ...
galeri pramlee dh pegi ke? Area Setapak tuh
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2023 03:23 PM | Show all posts
beolehlar iolls gi nanti, yang yasmin ahmad tu pun tak sempat gi lagi

kat ipoh jugak kan
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2023 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Penah sampai dh restoran arwah kat sarang art hub kat tanjung malin tu pun dh mcm galeri dh penuh brg2 antik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.046283 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list