|
Menjengah usia lebih tiga dekad sebagai artis membuatkan penyanyi, Ziana Zain melalu pelbagai pengalaman pahit dan manis sepanjang perjalanan itu.
Antara pengalaman yang sentiasa terpahat di ingatannya, tentu saat menjelangnya Aidilfitri, di mana ia menjadi waktu untuknya lebih akrab dengan peminat.
Berkesempatan bertemu pelantun lagu Indah Di Hari Raya itu baru-baru ini, Ziana berkongsi cerita Aidilfitrinya.
"engalaman pertama saya sebagai artis adalah ketika menjayakan program untuk RTM. Waktu itu dalam tahun 1994 hingga 1997. Memang hari pertama dan kedua, saya habiskan dengan kerja. Tahu-tahu raya dah nak habis.
"Kalau zaman dahulu, Syawal itu bukan sahaja sebulan, tapi kadangkala sampai masuk 31 hari sebab peminat datang beraya tanpa henti," katanya.
Menurut Ziana, pernah satu ketika di mana rumah keluarganya dikunjungi peminat dari luar Lembah Kelang.
"ernah sekali jam 1.30 pagi, ada dua ke tiga van menunggu saya di depan rumah. Waktu itu saya ada persembahan di luar. Jadi, bila mak telefon, dia minta saya balik sebab mereka sudah menunggu lama.
"Bagi saya itu adalah tanda penghargaan mereka sebab ada yang datang dari jauh, dari luar Kuala Lumpur semata-mata untuk berjumpa saya," katanya.
Satu lagi perkara yang membuatkannya terkenang Aidilfitri satu ketika dahulu adalah di mana masing-masing menghantar kad ucapan.
"Kenangan lain mengenai Aidilfitri adalah kad raya. Kalau dulu sebelum zaman media sosial, saya dapat empat hingga lima guni kad raya.
"Ribuan kat raya sampai di rumah. Jadi, di rumah saya sediakan pokok khas untuk kad raya saya. Satu pokok lagi untuk Anuar dan ada juga pokok untuk Pak Zain.
"Kad raya daripada peminat pula sangat kreatif. Ada yang tampal gambar kita dan ada yang letakkan muzik. Syarikat rakaman pun ada peruntukan untuk kad raya yang perlu dibalas. Ada juga kad yang saya beli sendiri," katanya.
Selain Indah Di Hari Raya, satu lagi lagu Aidilfitri dendangan Ziana yang menjadi hit adalah Halaman Asmara nyanyian secara duet bersama Awie.
"Ketika merakamkan lagu Halaman Asmara, saya tak sangka langsung bahawa ia akan menjadi lagu hit. Setiap kali merakamkan lagu saya tak jangkakan apa-apa. Saya fikir ia adalah lagu cinta.
"Ketika rakaman lagu itu, Awie dah menempa nama dan dah 'meletup' (popular) dengan Wings dan album solonya. Jadi, saya masih baharu ketika itu dan memang gementar.
"Tapi, abang Nasir (Datuk M Nasir) beritahu bahawa saya boleh melakukannya," katanya.
Bermula dengan lagu itu, Ziana mula meletakkan satu kriteria untuk penyanyi lelaki yang akan berduet dengannya.
"Lagu itu kunci nadanya tinggi. Bila menyanyi, Awie punya 'feel' sangat sedap. Jadi, bila serasi ia menjadi sangat enak didengar sebab ada keserasian di situ.
"Sejak itu, saya mula tahu dan faham bahawa untuk mencari pasangan duet, saya kena cari yang sama seperti Awie. Sebab itu saya selesa berduet dengan Lan (Azlan & The Typewriter) dan Amir Masdi," katanya.
Terbaharu, Ziana akan muncul di pentas Dewan Filharmonik Petronas (DFP) menerusi acara Konsert Raya Sepanjang Zaman yang berlangsung pada 6 Mei ini.
"Ini adalah penampilan pertama saya di pentas DFP. Ia umpama satu impian yang menjadi kenyataan. Saya selalu bercakap kepada diri sendiri dan rakan-rakan, kalau dapat persembahkan satu lagu di DFP, itu pun sudah menggembirakan. Tapi, alhamdulillah dapat peluang ini.
" aling mengujakan adalah saya akan berkongsi pentas dengan penyanyi legenda, Sanisah Huri, Datuk Hail Amir, Bob Yusof dan diiringi muzik oleh pengarah muzik hebat, Ahmad Muriz Che Rose.
"Saya berharap Konsert Raya Sepanjang Zaman ini akan memberi impak besar kepada semua peminat sebab bukan selalu kita dapat mendengar lagu Aidilfitri didendangkan secara orkestra," katanya.
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
agak2 la datang rumah orang jam 1.30am… tak agak2 kot ye pun minat… |
|
|
|
|
|
|
|
eyansss: agak2 la datang rumah orang ja ...
Ntah nya kan? Tak de belajar adab berkunjung ke rumah orang ke diaorg ni? Ada waktu2nya kalau nak berkunjung rumah orang |
|
|
|
|
|
|
|
Zz n sembilu team mmg lejen
mmg satu fenomena pun satu masa dulu
still feel it sbb aku membesar dgn kegemilangan
depa
|
|
|
|
|
|
|
|
artis sekarang plak g lari oversea takut peminat serbu rumah... |
|
|
|
|
|
|
|
eyansss replied at 1-5-2023 11:25 AM
agak2 la datang rumah orang jam 1.30am… tak agak2 kot ye pun minat…
Aneh2 fantaik zaman dedolu. Tp baik plak fam pak zain kol anak suh balik lyn pemenat. |
|
|
|
|
|
|
|
Best betul raya terima.kad raya ni. Kitarang dulu tak de pokok tapi gantung kat dinding mcm deco. Kalau pergi beraya rumah org kalau depa ada pokok.kad raya ni sambil2 minum air sambil tu bzbody baca kad2 tu..
Pecah kaca pecah gelas
Lps baca harap balas.
Pecah kaca pecah tong
Lepss baca harap gantung.
Pen merah pen biru
I love u..ha gitew |
|
|
|
|
|
|
|
jenuh wei pak zain nak sediakan makanan untuk tetamu sampai 31 hari ..siang malam plak tu.
by the way Dewan Filharmonik Petronas (DFP) ni ker yg arwah kak pah nak sangat buat persembahan kat situ tapi sampai meninggal tak dapat?
|
|
|
|
|
|
|
|
eyansss replied at 1-5-2023 11:25 AM
agak2 la datang rumah orang jam 1.30am… tak agak2 kot ye pun minat…
Rsenyaaa yg menunnggu.tu..spai 1.30 pagi...maybe dah dtg dari kul 9mlm...tapi mcm bodoh je kaaann |
|
|
|
|
|
|
|
pak zain memang dikenali dengan ayah retis yang super duper sporting... but still, pemenatik punnn... hahaha...
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau tunggu lama, mesti dah highlight dalam artikel ni... ni nampak nau memang sampai lewat pagi kat rumah orang... |
|
|
|
|
|
|
| |
|