CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 159|Reply: 2

Kutipan Hasil Selangor Cecah 45 Peratus Setakat Mac

[Copy link]
Post time 1-5-2023 10:01 AM | Show all posts |Read mode
Klang: Selangor mencatatkan kutipan hasil negeri hampir 45 peratus daripada sasaran keseluruhan perolehan pada suku pertama tahun ini.


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, setakat 15 Mac lalu, pentadbiran kerajaan negeri berjaya mengutip RM893.11 juta dari RM2 bilion yang disasarkan tahun ini.


"Kita sudah berjaya memperoleh kutipan ini dalam tempoh kurang daripada tiga bulan pertama tahun ini.






"Ini adalah tanda keyakinan rakyat dan komuniti perniagaan di negeri yang kita cintai ini terhadap pentadbiran ini yang mengemudi negeri ini hampir genap lima tahun sebelum kita memasuki Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.


"Kita tidak boleh ambil mudah keyakinan ini dan saya berharap keyakinan prestasi pungutan hasil negeri juga diterjemahkan dalam minggu dan bulan yang akan datang, Insya-Allah," katanya ketika sembah ucapan di Majlis Jelajah Kita Selangor Aidilfitri diiringi Menteri Besar Selangor di Padang Taman Kerayong, di sini.


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin berkenan meraikan sambutan rumah terbuka itu bersama lebih 10,000 tetamu terutamanya penduduk sekitar.


Amirudin berkata, hasil pungutan itu turut dikongsi bersama penjawat awam di Selangor menerusi Insentif Khas Aidilfitri Kita Selangor 2023.


"Alhamdulillah atas kejayaan prestasi pungutan hasil kerajaan negeri sepanjang pentadbiran ini serta dalam tiga bulan pertama tahun ini, saya mengumumkan Insentif Khas Aidilfitri Kita Selangor 2023.


"Ini bukan saja memberikan satu bulan gaji kepada penjawat awam Selangor, tetapi juga penjawat-penjawat awam Persekutuan seperti guru, polis dan lain yang berkhidmat di Selangor turut akan menerima manfaat insentif ini iaitu sebanyak RM200.


"Ini dibuat julung kalinya di Selangor dan didorong atas kejayaan prestasi pengutan hasil Kerajaan Negeri dalam tiga bulan pertama tahun ini," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2023 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga sedikit percentage itu dilaburkan ke bahagian security air seperti cctv tertutup, pagar keselamatan di tangki yang sesuai atau ape2 untuk melindungi sungai dan sumber air selangor
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2023 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
dok bragging je la duit banyak..lampu2 jalan pun kedekut nak on..even my friend yg anak jati selangor pun kata, selangor ni x pasang lampu jalan..sbb kat daerah sheols pun cenggitu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.342484 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list