View: 189|Reply: 0
|
MotoGP: Prestasi jentera kecewakan Quartararo
[Copy link]
|
|
QUARTARARO mengakui jentera Yamaha hilang kuasa pecutan dan terlalu agresif ketika mengambil selekoh di Jerez. – AFP
JEREZ – Pelumba Perancis, Fabio Quartararo ‘pening’ dengan prestasi pasukannya selepas menyifatkan pasukannya itu tiada peningkatan yang besar selepas bersama keluarga Yamaha sejak lima tahun lalu.
Quartararo kecewa setiap kali dia turun bersaing di Jerez apabila jentera Yamaha kehilangan kekuatan utama selepas bergelut di kedudukan ke-15 pada sesi latihan pada Grand Prix (GP) Sepanyol kelmarin.
Katanya, dia tidak pasti mampu menamatkan perlumbaan selepas jentera YZR-M1 2023 yang ditungganginya itu terlalu agresif, sekali gus menyukarkannya untuk mengambil selekoh dengan baik.
“Sukar untuk saya katakan masalah yang kami sedang hadapi ketika ini. Perasaan saya tidak berapa baik terutama sekali ketika mengambil selekoh di Jerez.
“Saya tidak tahu kenapa jentera itu sangat perlahan dan terlalu agresif di selekoh hingga menyebabkan kami kehilangan kepantassan.
“Jadi, sukar untuk saya mendapatkan catatan yang lebih baik pada setiap pusingan.
“Sejujurnya, setiap tahun di sini kami kehilangan kekuatan utama. Empat tahun lalu kami mempunyai kekuatan mengambil selekoh dengan laju dan jentera lebih stabil. Perkara seperti itu kami hilang dan jentera juga bergegar dengan kuat hingga memberi kesukaran kepada anda untuk memecut laju,” kata Quartararo.
Sebagai rekod, pada 2020, Quartararo melakar sejarah apabila menjadi penunggang pertama Perancis menjuarai Grand Prix sejak 1999 apabila melakar kemenangan perlumbaan pembukaan di Sepanyol.
Quartararo ketika itu bersaing bersama pasukan satelit Yamaha sebelum menyertai pasukan kilang, Monster Energy Yamaha MotoGP pada 2021. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... cewakan-quartararo/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|