|
Nieee cnp dr fb kereta mayat
Saya tengok kat Tik Tok, Dato’ Hattan Sekolahkan pembaca berita, aduhai.. video tu separuh jer, saya tak tahu apa pembaca tu cakap awal awal hingga Dato' Hattan nak malukan secara live, lepas tu tutup telefon, tiba tiba koyak dah kenapa?
Bagi saya sangat tak baik Dato’ orang lama buat macam tu kat orang muda, sebab pembaca berita ni dia baca berita jer, bukan wartawan nak kena buat story bagai, just tanya pendapat lagu Mael XPDC ni sangat makan dalam, Apa yang Dato' boleh kongsikan?"
Terus datok tanya siapa penulis lagu? Bukan Mael? Dato tak tahu ke Mael pun ada tulis lagu yang sangat mendalam?
Album pertama XPDC, Darjah Satu, lagu "Jangan Tak Mandi" Mael yang tulis, Mael yang gubah. Sangat mendalam lirik lagu tu..
Hidup kita serupa saja
Mula bersih tersapu kotor
Bila kotor harus di cuci
Pastikan tiada kotor lagi
Setelah kita mandi
Pandai-pandailah jaga diri
Dari kekotoran kita alami
Buat apa semua tak jadi
Sudah penat aku menyanyi
Mahu pulang mahu terus mandi
Esok boleh menyanyi lagi
Nyanyikan lagu
Jangan tak mandi
Mael kaitkan hidup dan Mandi, benda ni ada dalam hadis Nabi, orang solat lima waktu macam mandi lima kali, selamba Abang Mael masukkan unsur Mandi dalam lagu, betulah soalan pembaca berita tu, lagu Mael mendalam maksudnya,
Album kedua XPDC, berjudul Timur Barat, ada lagu Hamba Abdi, gubahan Mael, lirik Mael, memang power, pemula irama metal bagi XPDC, lepas tu penutup lagu yang slow lepas banging, macam merayu kepada yang berkuasa.., power tu lagu Hamba Abdi tu.. Mael yang tulis lagu tu yer?!, saya copy sikit liriknya yang sangat mendalam..
Maki hamun sudah sebati
Sepak terajang itu sudah lali
Paksa kerah buat itu ini
Bak anjing kurap yang macam babi
Siang malam belenggu rantai kaki
Lagak banduan dalam kandang besi
Dari dia hidup biar dia mati
Agar hidup aman di sana nanti
Tengok?! lirik Arwah Mael tulis, dari kita hina orang, lebih baik biar orang yang dihina tu mati jer, mendalam sungguh lagu Arwah abang Mael,
Lagi?! Album yang sama, lagu Cekal, memang power abang Mael tulis, jiwang dan semangat serentak bertali arus..
Usah disangsi jalan yang bakal engkau lalui
Mungkin ada benarnya di balik kesilapan
Walau ada saki baki yang kurang senang hati
Harus diteruskan dengan semangat cekal di hati
Halus jer arwah Mael bagi semangat kat orang yang Malukan kita, teruskan baca berita dengan semangat cekal di hati, adik Astro!
Dalam album tu juga Mael tulis lagu dan compose muzik pengantara heavy rock dan metal, Penyakit gatal nama lagunya, Arwah Mael tulis lagu tu, dengan sangat mendalam liriknya, bab usaha nak sembuhkan penyakit tapi lupa kepada tuhan, akhirnya berdamai dengan takdir..
Oh Tuhan berserah padaMu
Habis sudah ikhtiar aku
Apakah dosa dah ku laku
Tak sedar ampuni aku
Sabar yer Adik pembaca berita....
Masuk Album Brutal, Album terbaik XPDC, ada dua lagu Mael tulis, iaitu Cempedak jadi Nangka, yang ada unsur nasihat penuh di dada yang sungguh makan dalam..
Buka mata pekak telingga
Walau banyak umpat
Walau banyak cela
Cakap siang pandang pandang
Cakap malam dengar dengar
Satu lagu lagi Mael tulis, “Aku Tak Kan bising”
Lalu anjing lalu menyalak
Macam ada hantu
Seram sejuk
Meremang akan bulu romaku
Kenapa apa maksudnya
Kita sama-sama tahu sudah
Kisah orang yang suka menyalak macam anjing ni sebenarnya kosong jer, lebih baik diam, kerana Nabipun suruh diam dari cakap menyakitkan hati.. begitulah mendalamnya lirik lagu Arwah Abang Mael..
Maka sempena Arwah dah pergi, kita cakap jer elok elok bila orang tanya pasal arwah, ada yang cakap pembaca berita ni kena buat homework lah, apa lah. Memang betul pun arwah abang Mael ada tulis lirik yang mendalam.., maka untuk Dato’ Hattan vs Pembaca berita Astro, abang sokong Pembaca berita.
Woha!
Harap pihak Astro bagilah bonus kredit sikit pada abang sebab dah habis back up ni, maklumlah jika ada orang tua memalukan orang muda, dan kita ada ilmu bab itu, kita kena sekolahkan mana mana pihak yang perlu disekolah,
Bak kata Mael XPDC! Dalam lagu Cempedak jadi Nangka!
Cakap siang pandang-pandang
Cakap malam dengar-dengar
Lembut tutur gaya bahasa
Itukan temurun budaya kita
Akhir kata, Al Fatihah buat Abang Mael.. Nanti sampai masa Dato’ ke, Sultan ke, Composer ke, Menteri ke, atau siapa sahaja meninggal dunia, kita tulis yang baik baik, InsyaAllah… Kerana kita semua akan mati bak kata Arwah Mael dalam lirik lagu tuisannya..
Tenteram hidup lagi amam
Tiada banyak umpat tiada banyak kesal
Al Fatihah…
Ps: Sempena kematian Arwah Mael di bulan Syawal, saya cover lagu Khilaf XPDC menjadi Khilaf Aidilfitri, kisah taubat di Pagi Syawal..
Link lagu Khilaf Aidilfitri: https://youtu.be/BNV27C-zz8U |
|