CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 310|Reply: 0

Kereta Langgar Belakang Lori- Bayi 27 Hari Meninggal, Ibu Bapa Cedera

[Copy link]
Post time 27-4-2023 06:01 PM | Show all posts |Read mode
BAU – Bayi perempuan berusia 27 hari meninggal dunia manakala ibu bapanya cedera apabila kereta dinaiki mereka melanggar belakang sebuah lori di Kilometer 13, Jalan Bau – Lundu.


Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 1 petang semalam ketika tiga beranak itu pulang beraya dari Lundu.


Katanya kejadian dipercayai berlaku apabila Proton Saga yang dipandu bapa mangsa hilang kawalan dan melanggar belakang lori yang diletakkan di bahu jalan.




Foto: Kosmo




“Akibat kemalangan itu, ibu bapa mangsa yang berusia 35 dan 48 tahun cedera manakala bayi mereka yang berusia 27 hari disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di wad kecemasan Hospital Bau,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Namun, beliau berkata pemandu lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.957740 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list