View: 266|Reply: 0
|
F1: Leclerc berpeluang tinggalkan Ferrari
[Copy link]
|
|
LECLERC dilaporkan sudah mula muak dengan prestasi jentera dibekalkan oleh Ferrari menyebabkan dia dikaitkan dengan penghijrahan ke Mercedes. – AFP
BAKU – Masa depan pelumba Ferrari, Charles Leclerc bersama pasukan itu dalam saingan Formula Satu (F1) dilihat semakin kelam selepas dia dilaporkan mula tidak berpuas hati dengan prestasi jentera.
Walaupun memiliki kontrak sehingga penghujung musim 2024, namun pelumba dari Perancis itu dikatakan masih ada peluang untuk menamatkan kontrak lebih awal bagi menyertai pasukan Mercedes tahun depan seperti yang dilaporkan.
Penasihat pasukan Red Bull, Helmut Marko percaya Leclerc mungkin boleh meninggalkan Ferrari sebaik tamat saingan musim ini sekiranya dia tidak memiliki klausa prestasi dalam kontrak sedia ada.
“Klausa prestasi adalah perkara biasa dalam kontrak pelumba F1 pada hari ini. Biasanya ia memerlukan pelumba untuk mengutip mata tertentu bagi membolehkan kontrak diperbaharui secara automatik.
“Sekiranya ia tidak dimasukkan dalam kontrak, maka kedua-dua belah pihak mempunyai pilihan untuk menamatkan kontrak. Saya bercakap berdasarkan pengalaman ketika Sebastian Vettel berhijrah dari Red Bull ke Ferrari pada 2015,” katanya.
Untuk rekod, spekulasi mengenai Leclerc berhijrah ke Mercedes musim depan bukan lagi rahsia apabila dia dikatakan sudah mengadakan pertemuan dan berbincang dengan pasukan Silver Arrow itu.
Bagaimanapun, ia turut bergantung kepada keputusan juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton sama ada untuk memperbaharui kontrak bersama Mercedes ataupun tidak selepas dia beberapa kali menyatakan rasa tidak puas hati terhadap layanan diterima. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... tinggalkan-ferrari/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|