CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1089|Reply: 15

"Kami Memang Tak Mampu," Suami Isteri Warga Emas Duduk Dalam Pondok Daif Dibina Guna Barang Kitar Semula

[Copy link]
Post time 27-4-2023 11:38 AM | Show all posts |Read mode
Pasir Gudang: "Kami mendirikan pondok ini menggunakan barangan kitar semula di tebing Sungai Masai selepas tidak mampu membayar sewa rumah," kata Shuib Alna, 69.


Shuib berkata, kehidupannya berubah selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya empat tahun lalu hingga tidak mampu bekerja dan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejumlah RM500.


Menurutnya, atas faktor usia, dia juga gagal mendapat pekerjaan manakala isterinya, Sarimah Shaari, 61, menghidap darah tinggi dan selepas tinggal di pondok itu, wanita berkenaan juga hilang sumber pendapatan iaitu upah hasil kerja mengopek bawang di rumah.


Foto: Harian Metro




Katanya, setakat ini dia dan isteri bergantung kepada bantuan JKM selain bercucuk tanam di kawasan tempat tinggal untuk mendapatkan sumber makanan.


"Saya juga menangkap ikan di Sungai Masai dengan menggunakan jaring buatan sendiri selain kami bergantung kepada air hujan, sungai serta kadang-kala bekalan air bersih daripada penduduk flat berhampiran yang bersimpati dengan kami.


"Kami bukan sengaja tinggal di sini, saya memang tidak mampu untuk membayar sewa di kawasan ini iaitu antara RM500 hingga RM600.


"Saya juga tidak mengetahui saluran bagi memohon rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR), saya bersyukur kerana isteri sanggup mengharungi keadaan serba kekurangan ini bersama dan tidak pernah merungut," katanya yang berasal dari Semporna, Sabah.


Sarimah berkata, hasil perkahwinan dengan suaminya, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang sudah berumah tangga dan tinggal di Singapura bersama suaminya.


Menurutnya, anaknya yang berusia 38 tahun tidak bekerja manakala suaminya hanya bekerja biasa.


Katanya, dalam tempoh tiga tahun tinggal di pondok, dia pernah menempuhi pelbagai pengalaman yang cemas termasuk dilanda banjir, ribut, petir selain diancam reptilia berbisa.


"Selepas terbabit dengan kemalangan jalan raya, suami mengalami patah pinggang dan terpaksa menjalani rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) lebih sebulan.


"Kami bersyukur kerana tidak pernah kebuluran kerana ada saja tanaman yang boleh dijadikan lauk.


"Namun ketika hujan lebat atau panas terik kami terpaksa berteduh di bawah kolong flat berhampiran, pada waktu malam kami menerangi pondok dengan cahaya lilin.


"Saya memang teringin untuk tinggal di rumah yang selesa seperti sebelum ini namun reda dan menganggap ini sebagai ujian hidup," katanya.


Sarimah berkata, dia sedih apabila mengimbas suasana Syawal pada empat tahun lalu kerana disambut dengan keadaan lebih baik di rumah.


"Syawal dulu keadaan kita elok-elok, kuih-kuih raya di depan dengan langsir dan kita duduk atas sofa.


"Sekarang ini hanya tuhan saja yang tahu keadaan kami ini tanpa bekalan elektrik dan air, namun apa pun kita terima dugaan Allah," katanya.


Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya melalui akaun bank Sarimah, 151240304841 (Maybank) atau menghubungi mereka di talian 01136813569.


Sementara itu, jurucakap Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) berkata, pihaknya sudah membuat kunjungan ke pondok pasangan warga emas itu sebelum Aidilfitri.


Menurutnya, pihaknya menyalurkan sejumlah sumbangan serta barangan keperluan bagi kegunaan pasangan berkenaan.


"Kami dalam proses bagi mendapatkan rumah bagi pasangan itu," katanya ketika dihubungi hari ini. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2023 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahai.. semoga segala urusan dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2023 11:50 AM | Show all posts
boleh kan mtk JKM byrkan rumah untuk sewa...cuma bil api air tu cmne nk byr...
semoga dipermudahkan urusan pakcik makcik..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2023 11:52 AM | Show all posts
pegi la terus rumah kebajikan pakcik makcik. kan senang, nak beribadat senang, ada kawan-kawan, makan minum terjaga
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2023 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Pergi rumah warga emas la..
Senang ada yang tengokkan..
Rumah warga emas ni bukan dok terperuk.je...
Boleh jalan2..boleh tanam2.pokok..tiap sabtu  siap boleh outing lagi..
Iols.pernah sembang dgn staff kat rumah org tua sungai long ni..depa kata warga emas yang ada duit atau nak berjalan..depa akan htrkan ke bandar kajang..jadi ikut depa la nak gi mana..nak makan KFC la..jenjalan ka..dating ka..
Malam nnt depa akan balik kat situ...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2023 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam negara kapitalis, tempat untuk pakcik dan makcik ini ialah di tapak pelupusan sampah. Hanya isle menjamin nasib orang susah dan miskin.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2023 01:30 PM | Show all posts
dok umah org2 tua la..lg bgs ade org sana..blh beramas mesra ade aktivti lain jgk
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2023 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa cuti raya aritu, iols sekuarga pi lawat jiran cainis yg now jadi warga tua kat rumah ongtua.. hat ni kena bayaq setiap bln 1.7k-2k.. makan tmpt tinggal sumer ada.. ni kira permanent home dia sampai ajal nnt.. setiap pagi deme pi exercise dlm kompaun dlm umah ongtua tu.. hat rumah ongtua kat pj KL lagi mahai, ada sampai 6k sebln.. giteww mahainya nak dok umah ongtua.. tatau la pulakk pasai umah kebajikan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2023 02:06 PM | Show all posts
pusat zakat boleh bayarkan rumah.. tapi kat setulang lat ada  perumahan rakyat miskin, makcik i sewa 100+ je sebulan.. tapi ade je yg jahat sekan ke orang lain dgn harga 5 kali ganda..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2023 02:07 PM | Show all posts
Edited by nolya at 27-4-2023 02:09 PM
shernazz replied at 27-4-2023 11:59 AM
Pergi rumah warga emas la..
Senang ada yang tengokkan..
Rumah warga emas ni bukan dok terperuk.je... ...

Nengok gambar pondok teduhan tu, dhaif sagatlah pak cik. Pergi ke rumah warga emas tu tak ada fee bulanan ke.  Aku rasa nak salurkan zakat laa kpd keluarga ni.  
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2023 02:26 PM | Show all posts
dh viral pasni ade la yg kuarkan titah bg bantuan
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2023 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya, harap dah viral ni cepatlah dpt bantuan, biasa belah2 pantai timur je cerita2 gini, johor pun ada rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2023 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasenya mereka ni bukan penduduk setempat kaw tu. Kalau tak, takkan lah ketua kg, jiran2 x tolong dari dulu.
I rase mereka ni dari negeri lain, then baru berpindah ke situ..ataupun merantau cari kerja dan terstuck kat situ lps accident.
Saudara mara x ambil tau ker..atau terlalu jauh utk mereka jumpa each other.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2023 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Purplehaz replied at 27-4-2023 02:44 PM
Rasenya mereka ni bukan penduduk setempat kaw tu. Kalau tak, takkan lah ketua kg, jiran2 x tolong da ...

Tu lahhh....

Akupun pikir mcm tu....sbb kt johor, klu ada rumah usang je, aknn dpt bantuan baiki rumah....
Jkm & baitulmal ada je bg bantuan
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 27-4-2023 03:32 PM
Tu lahhh....

Akupun pikir mcm tu....sbb kt johor, klu ada rumah usang je, aknn dpt bantuan baiki  ...

Kannn.

Kalau nak merantau tu jgnlah biarkan hidup sendiri dan istri mcm tu berlanjutan asal boleh..skg nikan ada mcm2 bantuan.
Semoga mereka dpt bantuan sewajarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 10:42 AM | Show all posts
fake news!!! selalu berita camni berlaku kat kelantam dan kedah jaa,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.055034 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list