View: 1605|Reply: 40
|
Harga Naik Melampau- Dulu Beli Ikan Kembung RM6 Sekilogram, Kini RM14
[Copy link]
|
|
PASIR PUTEH – Penduduk dan pelancong di kawasan Tok Bali di sini tidak lagi berpeluang membeli hasil laut segar pada harga murah.
Jualan ikan didakwa dimonopoli pemborong di Pasar Terminal Ikan Tok Bali (TIBA) sejak sembilan tahun lalu.
Selain itu, faktor hanya pemborong yang boleh membeli hasil laut di pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tok Bali di sini juga menyebabkan kenaikan harga ikan di pasaran ketika ini.
Seorang penduduk, Abdul Ghani Mohamed, 50, berkata, sebelum TIBA dibuka, ikan-ikan dan hasil laut bebas dijual di jeti persendirian, malah ada nelayan yang menjual ikan di atas bot selepas pulang dari laut.
Foto: kosmo
Menurutnya, suasana itu sudah tiada apabila kebanyakan nelayan menjual ikan kepada peraih di TIBA dan pemborong di LKIM.
“Sebelum ini, ikan selayang dijual RM4 sekilogram, manakala ikan kembung segar RM6. Apabila jualan ikan dimonopoli pemborong, kedua-dua ikan itu dijual dua kali ganda iaitu antara RM12 hingga RM14 sekilogram.
“Kawasan jeti di Tok Bali sebelum ini menjadi tumpuan orang ramai membeli ikan murah pada waktu malam. Kini, suasana itu sudah tiada lagi, pemborong di TIBA atau LKIM membeli kesemua hasil laut sebelum menjual kepada peraih,” katanya.
Menurut Abdul Ghani, meskipun pembangunan TIBA pada asalnya untuk membantu jualan hasil laut di Tok Bali, kawasan tersebut ketika ini dilihat terbiar apabila hanya beberapa premis sahaja yang masih beroperasi.
“Kenaikan harga barangan asas terutamanya ikan ketika ini menyebabkan pembeli kurang membeli hasil laut,” katanya.
Seorang pengunjung di Tok Bali, Abdullah Ibrahim, 44, berkata, orang ramai tidak dapat membeli ikan segar di LKIM Tok Bali apabila dasar tutup pintu kepada pembeli runcit dilaksanakan.
“Difahamkan, hanya pemborong dibenarkan membeli ikan yang didaratkan untuk dijual secara runcit di luar kawasan kompleks berkenaan.
“Pembelian runcit hanya boleh dibuat di pasar ikan berdekatan dengan kadar lebih tinggi berbanding harga di kawasan pendaratan ikan,” katanya.
Abdullah memberitahu, kompleks pelabuhan LKIM perlu dibuka kepada umum yang mam pu menjadi pusat pengumpulan hasil pertanian mini yang menyediakan bekalan ikan dan hasil pertanian lain yang diusahakan penduduk setempat.
“Disebabkan banyak faktor yang menghalang penduduk, mereka memilih Kompleks Perikanan Kuala Besut, Terengganu yang menyediakan jualan runcit pada kadar yang berpatutan setiap hari menerusi perniagaan borong dan runcit,” katanya. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Hapuskan monopoli orang tengah! Err... menteri besar Kelantan tahu ke tidak berita ini? |
|
|
|
|
|
|
|
Aiiik kat Penang standard dari tahun lepas lg rega sekilo kembung RM14..ank aii suka ikn kembung goreng garing2 makan dgn nasi panas..dia sorg boleh habis 3ekoq..tapi sbb ikn mahai aii selang seli menu dgn aym & daging |
|
|
|
|
|
|
|
Aii nak tau satu jer - adakah nelayan nelayan di area itu sudah hidup senang lenang sejak 9 tahun nan lalu? Kalau mereka menjual ikan dgn harga yang baik kpd pemborong kita perlu la berlapang dada.
Zmn budak tinggal di Kuantan - beli ikan fresh di Tanjung Api & Bt Hitam. Zaman tua merasa beli ikan fresh dgn rega murah di Kuala Kedah. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo beii kat jeti boleh je dpt $10/kg.. tp kalo dah kat dalam kedai, $17/kg |
|
|
|
|
|
|
|
Ikan kembung sekilo dah naik gitu sekali? Bolehlah subsidi diesel dimansuhkan. Kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Ikan selayang pun dah 10rm sekilo..jeti kuala besut..nak murah apa lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
Dan orang masih duk kata kos sara hidup di kelantan rendah. Harga sama macam di tempat lain tapi gaji lebih rendah. |
|
|
|
|
|
|
|
Triple_8 replied at 27-4-2023 09:26 AM
Hapuskan monopoli orang tengah! Err... menteri besar Kelantan tahu ke tidak berita ini?
Jawatan MB Kelantan tu wujud sekadar atas kertas sahaja. Langsung tak ada function. Maklumlah orang tua mana dia tahu nak bawa perubahan. Maintain status quo aje.Jawatan Timbalan MB pula sekadar menjadi badut dengan keluarkan statement bodoh. Itulah bodohnya Pas kelantan. Tapi orang masih vote orang yang macam ni, yang langsung tak layak mentadbir negeri. |
|
|
|
|
|
|
|
"Lebih baik diperintah oleh orang isle yang tidak pandai daripada orang kafir yang pandai." - orang isle
|
|
|
|
|
|
|
|
Triple_8 replied at 27-4-2023 11:04 AM
"Lebih baik diperintah oleh orang isle yang tidak pandai daripada orang kafir yang pandai." - oran ...
Motto menunggang sungguh kan..
Ada someone iols kenal..siap puji sanusi mb Kedah lagi sebab pemerintahan bagus |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 27-4-2023 11:12 AM
Motto menunggang sungguh kan..
Ada someone iols kenal..siap puji sanusi mb Kedah lagi sebab pemeri ...
Menunggang apanya, Tuhan orang isle la suruh.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَتَّخِذُواْ الَّذِينَ اتَّخَذُواْ دِينَكُمْ هُزُواً وَلَعِباً مِّنَ الَّذِينَ أُوتُواْ الْكِتَابَ مِن قَبْلِكُمْ وَالْكُفَّارَ أَوْلِيَاء وَاتَّقُواْ اللّهَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ
O ye who believe! take not for friends and protectors those who take your religion for a mockery or sport,- whether among those who received the Scripture before you, or among those who reject Faith; but fear ye Allah, if ye have faith (indeed).
Surah al-Ma'idah: 57. |
|
|
|
|
|
|
|
so far majoriti org kedah mmg ok dgn sanusi. Dia mmg dekat dgn rakyat marhain & kedepan bila ada hal berkaitan rakyat kedah.Invest Kedah pun makin active update investment masuk & dia pun sentiasa amik peduli perkembangan Kedah.
cumanya style org kg & mulut capoi sikit la, bukan mcm PMX sasterawan negara & menteri kewangan terbaik asia yg madani, bersih & terpaling tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Innrukia replied at 27-4-2023 11:49 AM
so far majoriti org kedah mmg ok dgn sanusi. Dia mmg dekat dgn rakyat marhain & kedepan bila ada h ...
Jiran2 iols ni mcm2 fahaman politik..
Ada yang tak suka sanusi
Ada yang suka sanusi
Ada yang pro Anwar madani
Ada yang pro muhyidin
Iols yang dok dengar2 ni selalu lah jadi tempat luahan perasaan..
Yang tak suka sanusi ni orang Kedah jugak..
|
|
|
|
|
|
|
|
raya ritu iolls beli ikan kembong apa tah...seko singgit..aje nyesal beli |
|
|
|
|
|
|
|
Kucing aku dah la suka makan ikan kembung fresh je. Hazab ???? |
|
|
|
|
|
|
|
of cos ada yg tak suka, tp majority yg resides sini suka dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Innrukia replied at 27-4-2023 11:59 AM
of cos ada yg tak suka, tp majority yg resides sini suka dia.
Oo patut lah.
Cenggitu rupanya..
Tqtq kaka.... |
|
|
|
|
|
|
|
duk kat jb nie
tak merasa rega ikan kembung rm6
|
|
|
|
|
|
|
|
Huhh..kat tmpt i dh berthn ikan kembung rm25/26 sekilo tu kat psr Tani atau wetmarket..kurang suka sbb kalau x fresh mmg x bole masuk tkk.
my fav Ikan terubuk..sekor jer dh rm60-80. |
|
|
|
|
|
|
| |
|