CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 222|Reply: 0

Pesona kain tenun

[Copy link]
Post time 26-4-2023 12:02 PM | Show all posts |Read mode
Pesona kain tenun


TENUNAN antara warisan dalam pembuatan fabrik.


MENYENTUH berkenaan kain tenun, ramai membayangkan songket yang sering digayakan lelaki sebagai samping yang juga pelengkap kepada baju Melayu.

Tidak kurang juga yang menggambarkan busana tenunan adalah pakaian digayakan raja sehari dengan motif tradisi antaranya tapak manggis, bunga rebung, lawi ayam dan banyak lagi.

Kehebatan kain ini antaranya terletak pada sisipan benang emas atau perak pada badan kain sama ada kapas atau sutera untuk menghasilkan fabrik yang indah.

Bagi menghasilkan 'sebidang kain' bukan mudah dan memerlukan kemahiran tinggi kerana teknik serta kaedah menghasilkan hasil tenunan itu rumit.

Hasilnya kerap menjadi perhatian mereka terutama fesyen beraras tinggi.

Seperti platform dalam talian, Dia Guild yang mengetengahkan karya artisan atau pereka rantau Asia Tenggara dan melihat kombinasi pertukangan warisan dalam pembuatan fabrik tenun dengan reka bentuk moden adalah genre ideal untuk rekaan fesyen.

Seorang daripada pengasas Dia Guild, Aisha Hasan mengakui beliau sangat terinspirasi dengan sejarah tenunan yang panjang di Asia Tenggara kerana berupaya menghasilkan sesuatu yang elegan pada aksesori kontemporari.

Kata Aisha, formula pereka yang menggabungkan sejarah dan trend semasa disifatkan sesuatu yang unik serta perlu ada pihak mengetengahkan aksesori sedemikian.

Beliau dan dua lagi pengasas, Kylie Francis dan Alia Farouk sering meninjau karya artis Asia Tenggara yang memiliki kekuatan tersendiri dalam menghasilkan rekaan dipengaruhi budaya, adat dan cara hidup masyarakatnya.


MELARAM dengan beg rekaan pereka rantau Asia Tenggara.


Untuk kali ini pihaknya tertarik dengan variasi tenunan tangan di Asia Tenggara sehingga boleh mempelbagaikan aksesori moden untuk digayakan dalam perayaan atau keraian rumah terbuka.

"Sama ada 'Ikat Sutera' dari Indonesia ataupun bakul rotan dan rotan kerusi dari Filipina, kami berminat dengan cara tekstil tradisional ini boleh ditingkatkan dengan pengaruh lain seperti seni bina ataupun bentuk geometri.

"Salah satu contohnya ialah Beg Putri S oleh Frankitas, di mana ia menampilkan sebuah bentuk bulat yang unik ataupun Beg Bilbao dari Zacarias 1925 yang diilhamkan Muzium Guggenheim di Bilbao, Sepanyol.


MENARIK motif jalur pada tenunan menghasilkan beg bimbit.


"Uniknya kali ini kolaborasi bersama Rita Nazareno ialah Pengarah Kreatif Zacarias 1925 dan seorang penerbit yang memenangi Anugerah Emmy kembali ke Asia Tenggara pada kami suatu yang menarik," katanya.

Koleksi aksesori direka Rita, Zacarias 1925 memiliki elemen dekat dengan jiwanya iaitu berdasarkan koleksi aksesori tenunan tangan diilhamkan dari bidang kesenian hingga sejarah Filipina.

"Beg Tati Sol diilhamkan dari pergerakan seni Hard Edge pada tahun 1950-an. Selain itu, Beg Troop Saddler diilhamkan dari askar yang berjuang untuk kemerdekaan Filipina.

"Pengorbanan Alejo Bell, seorang askar Filipina dan Afrika-Amerika berjuang untuk pembebasan Filipina digambarkan dalam rekaan beg terbabit.

"Beg serba guna yang bergaya ini dibuat dengan rotan bersama perincian nilon. Tali atas dan memiliki tali panjang memudahkan pemakai beg menyarungnya pada bahu.


ELEGAN reka bentuk lebih moden dengan motif warisan.


"Tona coklat semula jadi daripada bahan tenunan tangan sebagai material utama melengkapkan rona neutral pada perincian.

"Ini memudahkan aksesori terbabit digayakan dengan sebarang pakaian," katanya.

Tambah Rita, rekaan beg Pearlised Camison pula penuh dengan ciri-ciri elegan apabila rekaan beg terbabit mengambil inspirasi siluet baju tradisional Filipina.

"Rekaan beg elegan tidak mengetepikan idea beg ringan itu juga tahan lasak memuatkan semua barang termasuk komputer riba boleh disimpan.

"Pemegang rotan pula mengambil kira sisi ergonomik yang selesa dengan pergerakan tubuh. Beg ini juga boleh membantu menyuntik mood santai seperti mana cuaca tropika di Filipina," katanya.

Beliau berharap peminat fesyen boleh melihat perincian kecil memberi efek besar apatah lagi rekaan aksesori itu mengambil inspirasi sesuatu dibanggakan mengenai negaranya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/WM/2023/04/959253/pesona-kain-tenun


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.052077 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list