CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 160|Reply: 0

MB Selangor ketuai delegasi ke AS

[Copy link]
Post time 25-4-2023 02:22 PM | Show all posts |Read mode
MB Selangor ketuai delegasi ke AS


AMIRUDIN Shari. FOTO Arkib BERNAMA


Shah Alam: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari akan mengetuai delegasi 11 syarikat pemula niaga teknologi Malaysia yang akan menyertai acara sidang kemuncak pelaburan dan beberapa sesi pembentangan idea di Amerika Syarikat (AS) pada Mei ini.

Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) dalam satu kenyataan hari ini berkata, syarikat pemula niaga tersebut dipilih menyertai Sidang Kemuncak SelectUSA Investment 2023, yang dianjurkan oleh Jabatan Perdagangan AS, di Maryland, bermula 1-4 Mei.

Sidang kemuncak itu merupakan acara pelaburan utama anjuran Jabatan Perdagangan AS yang menyediakan platform bagi syarikat global dan agensi kerajaan dari semua 51 negeri AS untuk menjalin hubungan perdagangan dan pelaburan.

Sidec berkata 11 syarikat pemula niaga yang terpilih itu ialah Asia Mobility Technologies, iMotorbike, ALPS Global Holding, Virtualtech Frontier, Boxcube, Entomal, Revenue Monster Group, QMed, Accendo Technologies, Kiddocare dan Pod yang terlibat dalam bidang antaranya pengangkutan pintar, metaverse, penjagaan kesihatan pintar, bioteknologi, platform ekonomi gig, inovasi kemampanan ESG, teknologi sumber manusia, teknologi kewangan dan pelancongan.

"Mereka akan diiringi oleh beberapa agensi pelaburan dan dana modal teroka seperti Penjana Kapital, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), The Hive Southeast Asia, The SEA Capital dan Sterling Equity," katanya.

Sidang Kemuncak SelectUSA Investment Summit itu yang akan dirasmikan oleh Presiden AS Joe Biden dijangka menyediakan peluang kepada pemula niaga teknologi Malaysia untuk bertemu dengan pelabur dan syarikat modal teroka antarabangsa serta rakan perniagaan berpotensi menerusi pertemuan perniagaan bersemuka.

Perbadanan itu berkata Amirudin dan EXCO bagi Industri dan Perdagangan Selangor Datuk Teng Chang Khim juga akan menyertai mesyuarat meja bulat pelaburan yang dianjurkan oleh Jabatan Perdagangan AS dan pejabat Gabenor California.

Sementara itu, Sidec berkata 11 pemula niaga itu juga akan mengambil bahagian dalam sesi pembentangan idea yang akan diadakan buat kali pertamanya di Kedutaan Malaysia di Washington, D.C.

"Acara itu dijangka menarik kira-kira 30 pengasas pemula niaga dari Singapura dan Taiwan, serta 70 tokoh perniagaan dan politik, dan pelajar serta komuniti Malaysia yang berada di luar negara.

"Sesi pembentangan idea itu telahpun penuh ditempah dengan lebih 100 tetamu mengesahkan kehadiran mereka," katanya.

Selepas menyertai sesi pembentangan idea di Washington DC dan Maryland, mereka akan berkunjung ke Silicon Valley bermula 4 Mei untuk bertemu dengan beberapa pemula niaga asing dan syarikat modal teroka yang telahpun mempunyai nama yang kukuh di AS.

"Antara program yang disusun termasuklah sesi pembentangan idea dan pameran, mesyuarat meja bulat pelabur dan lawatan industri termasuk ke Draper University yang diasaskan oleh tokoh terkemuka pemodal teroka Silicon Valley, Tim Draper.

"Mereka akan menyertai perbincangan meja bulat dengan 500 Global, satu daripada dana modal teroka peringkat awal paling aktif, dan modal teroka lain seperti The Hive USA, March Capital dan Piva Capital," kata kenyataan itu.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/bisnes ... -ketuai-delegasi-ke

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 03:39 AM GMT+8 , Processed in 0.061525 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list