CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 726|Reply: 5

Macam Kena Serang 'Zombi'!

[Copy link]
Post time 25-4-2023 07:12 AM | Show all posts |Read mode
Keadaan sekitar enam blok rumah kedai dekat Bandar Seremban Selatan di sini, tidak ubah seperti pekan terbiar yang baru diserang 'zombi'.


Selain kurang dikunjungi, persekitarannya yang usang dengan hanya beberapa unit sahaja disewakan, menimbulkan rasa kurang senang penduduk dan ancaman keselamatan.


Tinjauan mendapati terdapat premis yang sudah tiada pintu dan dijadikan tempat membuang sampah pukal seperti peralatan rumah serta perabot.


Enam blok rumah kedai dekat Bandar Seremban Selatan terbiar dengan persekitaran jelik.




Akibatnya, unit itu juga menjadi tempat anjing liar berkumpul selain dikhuatiri menjadi lokasi pembiakan nyamuk serta tikus.


Sudah tentu dengan pengabaian sebegitu, ia turut mencacatkan pemandangan.


Apa yang paling membimbangkan penduduk apabila, rumah kedai terbiar itu menjadi sarang individu terutama warga asing untuk melepak sambil minum minuman keras pada waktu malam kerana terasing.


Pekerja sebuah premis niaga di situ, Mukmin Alfatimah Ali, 47, berkata, dia akan menutup kedai pada jam 6 kerana bimbang akan keselamatannya jika pulang selepas senja.


"Hanya ada beberapa unit kedai yang disewa dan selebihnya terbiar sejak bertahun lalu. Ada beberapa unit yang sudah tiada pintu dan dijadikan tempat membuang sampah.


"emandangannya amat menyakitkan mata menyebabkan orang ramai tidak mahu datang ke kawasan ini. Najis anjing juga merata tempat kerana kawasan ini menjadi sarang anjing liar berkumpul," katanya.


Mukmin mendakwa keadaan itu berlaku sejak lebih lima tahun lalu dan sehingga kini semakin teruk kerana tiada tindakan diambil pihak berkuasa.


"Dengan keadaan seperti ini mustahil ada peniaga yang mahu menyewa di kawasan ini. Majikan saya bertahan di sini kerana sewanya lebih murah berbanding tempat lain.


"Dulu di sebelah kedai saya bekerja ada kedai kopi namun pemiliknya kerap diganggu individu mabuk, menyebabkan dia tidak tahan dan menutup perniagaan.


"Saya risau keselamatan lebih-lebih lagi sebagai wanita. Namun majikan mengambil langkah selamat dengan mengunci pintu sepanjang masa dan hanya membukanya jika ada pelanggan datang," katanya.


Di bahagian belakang blok rumah kedai berkenaan didapati dijadikan bengkel kenderaan dan pertukangan namun kawasan perdagangan itu 'malap'.


Wartawan juga menemui beberapa botol minuman keras kosong, yang mengukuhkan dakwaan penduduk mengenai kegiatan tidak bermoral berlaku di kawasan berkenaan.


Penduduk, Hairani Mohamed, 50, berkata, ketika berpindah ke kawasan itu pada 2005, hanya beberapa unit kedai yang beroperasi namun keadaannya terkawal.


"Ada penduduk lama yang bercerita, rumah kedai di sini mungkin bermasalah ketika pembinaannya menyebabkan tiada yang minat untuk sewa dan sekian lama kosong, maka berlaku kes pecah masuk.


"Keadaan semakin teruk apabila ada kedai yang tiada pintu langsung dan dijadikan tempat membuang sampah. Sebelum ini, ia pernah dibersihkan pihak berkuasa tempatan, namun masalah berulang," katanya.


Hairani berkata, pemaju sepatutnya memainkan peranan dan bertanggungjawab terhadap kawasan rumah kedai berkenaan.


"Saya berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang sepatutnya supaya keadaan ini tidak berpanjangan. Ia bukan sahaja mengancam keselamatan penduduk, malah mencemarkan imej bandar raya ini," katanya.




Sumber: HARIAN METRO
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2023 08:10 AM | Show all posts
iol ingat ada zombi di sana
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 09:01 AM | Show all posts
kner tukar nama seremban southbaru org asda hati nk duduk
nama xbest
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut amik peluang ni utk buat filem zombi ala2 mcm resident evil..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 09:28 AM | Show all posts
yg aku tau n9 PD pn byk bangunan terbengkalai...

seremban pn ada, nnti kita search gambar seremban selatan



Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 10:49 AM | Show all posts
Lokasi ni sesuai buat studio utk shooting filem hantu kubur
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.047623 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list