CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1301|Reply: 16

Mata Merah Jambu, Melekit Antara Tanda 'Diserang' Arcturus Covid

[Copy link]
Post time 25-4-2023 07:05 AM | Show all posts |Read mode
Penularan wabak strain Arcturus Covid yang baharu di seluruh dunia telah mengakibatkan lima individu meninggal dunia di United Kingdom.


Subvarian baharu Covid itu difahamkan telah merebak di semua wilayah England selain Timur Laut.


Malah mereka yang mengalaminya dilaporkan mempunyai simptom baharu.


Menurut taklimat teknikal terkini daripada Agensi Kesihatan dan Keselamatan UK (UKHSA), terdapat sekurang-kurangnya 135 kes Arcturus, Omicron XBB.1.16, di UK.


Ini kebanyakannya tertumpu di England, di mana terdapat 120 kes subvarian, tetapi Wales mempunyai lapan kes, Scotland mempunyai lima, dan Ireland Utara mempunyai dua.


Pada awal bulan ini, Arcturus hadir di sekurang-kurangnya 28 negara, dengan majoriti kes tersebut, lebih 2,000, di India.






Di samping itu, Amerika Syarikat dilaporkan mempunyai 357 kes setakat 14 April, manakala Singapura dan Australia juga mempunyai lebih 100 kes.


Seperti yang berlaku, amaran bahawa tiada bukti yang menunjukkan subvarian baharu itu lebih teruk daripada yang terdahulu telah diberikan.


Walaubagaimanapun, wabak baharu itu nampaknya telah membawa simptom unik yang tidak pernah dilihat dalam strain Covid.


Laporan daripada doktor di India, di mana ketegangan itu berleluasa, mengatakan mereka melihat lebih ramai kanak-kanak dan remaja dengan subvarian mengalami konjunktivitis - atau mata merah jambu.


Selain itu, ujar pakar kanak-kanak India Vipn M. Vashishtha yang juga ahli program Jaring Keselamatan Vaksin WHO, anak-anak muda mengalami demam panas, selsema dan batuk, dan 'konjunktivitis gatal' dengan 'mata melekit'.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2023 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by blastoff at 25-4-2023 07:23 AM

Graphene Oxide allergy yg disalahkan pd covid... demam, batuk, merah di memana anggota tubuh dah dok berlaku lama dah oleh yg dah berdos2.. mati pungg ramai dah haih.

Nak tutup yg kematian tuh disebabkan GO mengamuk dlm badan simply reka nama varian baru kemudian boleh ler yg dok mati mengejut ramai2 tu di salahkan pd covid.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru tau konjunktivitis ni namanya mata merah jambu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Sehari sebelum raya tuhari ank adik aii demam.P spital daerah pagi raya tu kemain ramai yg accident..xtau la mana Mai ramai2 accident..so mmg laaambaaat gila nk tgu result covid test..mlm baru tau kata baby kena covid. Nasib baik laa adik ipar aii angkut ank sulung dia skali p spital..tapi xsangka plak berjangkit dgn mak aii covid. Lucky rumah kg 2tingkat..aii & ank2 dok kat bilik bawah..kitaorg mmg dah siap2 lepas magrib tu nk gerak balik kg hubby..ank aii yg no2 plak p tdq sebelah maktok dia yg demam tu..tau results adik&mak aii +ve covid masa ats highway lg 30minit nk sampai kg hubby..singgah 7e terus beli test kit.. Alhamdulilah ank aii -ve. Tapi yg peliknya aildil & mak aii high fever + sakit sendi+ sakit kepala mcm nak pecah tu sehari ja..lepas 24jam test balik covid dah -ve.. speechless wei dgn covid kali ni.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 12:04 PM | Show all posts
delta pun sakit mata gini juga
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 01:06 PM | Show all posts
orkid_amani: Sehari sebelum raya tuhari ank adik aii demam.P spital daerah pagi raya tu kemain ramai yg accident..xtau la mana Mai ramai2 accident..so mmg laaambaa ...

moga dpermudahkn segala urusan dan moga mendapat kesembuhan dgn cpt.. amin yra..
i ols..dec 2021 1st kna covid.. dec 2022 2nd time kna.. nie dh rasa fobia dibuatnya nk ke hjg thn.. masalah nya i ols 2x kna.. 2x teruk.. sakit pala tu paling x bole tahan..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2023 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
babelina replied at 25-4-2023 01:06 PM
moga dpermudahkn segala urusan dan moga mendapat kesembuhan dgn cpt.. amin yra..
i ols..dec 2021 1s ...

Tq ats doanya..yg kesian baby la..adik & mak aii dah cucuk vaksin sakit covid tak teruk sgt. cuma tu laa 24jam sakit tu mmg rasa sakit sgt sampai kena makan ubat tahan sakit..sakit sendi..sakit kepala mcm nk pecah kepala tuu..5
4hari tak keluar p mana..2x test dah negative..aii cakap besok just informed spital ja la dah habis kuarantin. Xpayah p jolok2 hidung dah..jgn p mana2..keluar bila perlu ja..masih berisiko lg tuu sbb skg org luar ramai lg dok beraya..tahun ni tak payah nk ziarah2 raya..dok diam2 kat rumah
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 03:03 PM | Show all posts
orkid_amani replied at 25-4-2023 01:19 PM
Tq ats doanya..yg kesian baby la..adik & mak aii dah cucuk vaksin sakit covid tak teruk sgt. cuma  ...

InsyAllah.. berjaga2 la kita semua..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2023 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
orkid_amani replied at 25-4-2023 10:46 AM
Sehari sebelum raya tuhari ank adik aii demam.P spital daerah pagi raya tu kemain ramai yg accident. ...

Ikut fahaman kalau badan ada reaksi tu sebab antibodi badan lawan virus, jadi la badan kita sakit, panas dll.
Kalau 24hours dah -ve maksudnya virus tu dah habis dikerjakan la ye?

Kalau demam biasa pun disebabkan antibodi badan bereaksi dengan kuman/virus. umpama mereka berperang dengan daya yang lebih biasa dari  selalu, maka badan kita rasa tak selesa (demam,sakit kepala dan lain2) sebab aktiviti antibodi kita melawan virus bukan seperti kebiasaannya.

panadol yang kita ambil hanya penahan sakit, meredakan demam dan sakit2 yang buat badan kita tak selesa, bukan tujuan bunuh kuman/virus.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols pun tengah covid yach. Tak tau nak marah ke hape.

In laws meols tak bagitau yang deme ada symptom. Check covid deme negatif. Tapi bersusun-susun la kena demamnya. Siblings husb meols pun demam. Meols pun ingat flu biasa jah.

Sekali meols tergerak hati nak check bila meols demam. Naik dua line. Nasib baik meols dah cucuk deme jangan jalan-jalan balik kampung. Satu family end up positif.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 04:57 PM | Show all posts
Tau la omputih panggil pink eye, x yah la direct translate jadi mata merah jambu
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 25-4-2023 09:12 AM
Baru tau konjunktivitis ni namanya mata merah jambu..

Kalu mata jambu merah pulak sejenis buah-buahan
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols kalau dok dalam tempat aircond yang ada kucing pung ada mata merah jambu juga..
Allergy kena time2 umo 30an ni adoi la...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 25-4-2023 05:54 PM
Kalu mata jambu merah pulak sejenis buah-buahan

Iols ingatkan kaka suka cendawan merah jambu jahh.. wat tumbuk2..

Tak pernah dgr mata jambu merah.. amender ni?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam mana rupanya mata merah jambu tu???macam dalam anime gitu ke???
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2023 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
zuuu replied at 25-4-2023 07:25 PM
Macam mana rupanya mata merah jambu tu???macam dalam anime gitu ke???

Merah light.. light.. mcm allergic
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2023 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahu x per…
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.402035 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list