CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 225|Reply: 0

Benarkan Pelajar Sekolah Guna Mentega Bercampur Ganja, Warga Emas Dihadapkan Ke Mahkamah

[Copy link]
Post time 24-4-2023 06:44 PM | Show all posts |Read mode
Seorang warga emas dari Australia berkata, dia 'sangat menyesal' selepas membenarkan seorang remaja menggunakan mentega mengandungi ganja untuk membuat mufin yang dikongsi bersama rakan di sekolah.


Dokumen mahkamah menunjukkan, Pam Annette Bickerton, 73, berdepan perbicaraan pra-sabitan hukuman di Mahkamah Majistret Adelaide minggu lalu, selepas mengaku membekalkan dadah terkawal kepada seorang remaja.


Menurut laporan dalam Adelaide Advertiser yang memetik perbicaraan di mahkamah pada 19 April lalu, wanita itu menyediakan mentega bercampur dadah untuk mengurangkan gangguan tidur dihadapinya.


Gambar hiasan.




Mahkamah diberitahu, remaja itu yang masih belum dikenal pasti identitinya, mengejutkan neneknya yang sedang tidur untuk meminta menggunakan mentega kanabis bagi membuat mufin.


"Dia dalam keadaan letih dan malangnya dia berkata 'pergilah, pastikan dapur dibersihkan selepas itu'," kata laporan itu yang memetik hujah peguamnya.


Mahkamah turut diberitahu bahawa tertuduh amat menyesal berhubung insiden itu.


Majistret Justin Wickens berkata, ia 'agak membimbangkan' kerana defendan yang juga warga emas mengetahui remaja berkenaan akan berkongsi mufin dengan rakannya.


"Malangnya dia pergi ke sekolah, tetapi perkara itu tiada dalam fikiran klien anda pada masa itu," katanya.


Bickerton dijadual kembali ke mahkamah untuk mengetahui hukuman yang bakal dijatuhkan ke atasnya pada 4 Mei depan.




Sumber: BH ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.041033 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list