View: 586|Reply: 3
|
Warga Emas Ditemui Mati Dalam Bilik Air
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki warga emas ditemui mati dengan kesan lebam pada leher di sebuah rumah di Flat Paya Nahu, di Sungai Petani, kelmarin.
Mangsa berusia 68 tahun itu ditemui dalam keadaan terlentang dengan kedua-dua belah kaki di atas kerusi plastik di dalam bilik air rumahnya pada pukul 9 malam.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, mangsa ditemui oleh jirannya sebelum memaklumkan kejadian kepada pihak polis.
Seorang warga emas ditemui mati di Flat Paya Nahu, Sungai Petani pada kelmarin.
“Siasatan di lokasi kejadian mendapati mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih 24 jam sebelum ditemui berdasarkan keadaan mayat yang mula bengkak.
“Pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam pada leher mangsa dan kita sedang menunggu bedah siasat yang akan dijalankan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini dalam masa terdekat untuk mengetahui punca sebenar kematian,” katanya di sini hari ini.
Kata beliau, mangsa tinggal bersama seorang anak lelakinya berusia awal 30-an yang mengalami masalah mental dan lembam.
“Mangsa masih mempunyai isteri tetapi tinggal berasingan sejak lima tahun lalu ekoran masalah rumah tangga,” ujarnya.
Tambahnya, semakan rekod kesihatan mendapati mangsa menghidap penyakit darah tinggi dan sering mendapatkan rawatan di HSAH.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat,” katanya.
Sumber: KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
PPR yg palinggg wanted kat Kedah hihihi..disini lahirnyaaa geng2 yg penuh dipusat2 [em:4:] |
|
|
|
|
|
|
|
Kene cekik ke warga meas tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Kat sini jugalah kejadian bapak bunuh anak 2 tahun simpan dalam tong ais bungkus plastik bagai
Paya Nahu
Asalnya rumah penempatan untuk penduduk setinggan di Pekan Baru yang terbakar
Owner yang dapat hak rumah sewakan pada entah sesape
Maka jadi lah tempat pembiakan manusia durjana
|
|
|
|
|
|
|
| |
|