Pelakon meningkat naik, Anna Jobling terpaksa merahsiakan lokasi rumah keluarganya di Melaka kerana bimbang akan diserbu peminat.
Pemilik nama sebenar, Anna Ellisa Gustin Jobling, 23, menjelaskan dia bimbang kehadiran peminat akan membuat ahli keluarga lain berasa kurang senang selain privasi mereka terganggu.
"Kampung saya kecil sahaja, risau peminat serbu kalau saya kongsi alamat tapi setakat ini tak pernah kena serbu lagi.
"Saya perlu menghormati ahli keluarga yang lain takut kalay mereka tidak selesa apatah lagi rumah itu sangat kecil. Saya harap peminat tidak salah faham," katanya.
Bagaimanapun, pelakon yang melonjak naik dengan siri Melur Untuk Firdaus itu bakal mengadakan rumah terbuka bersama peminat di Jakarta, Indonesia pada minggu kedua atau ketiga Syawal.
Anna turut menjelaskan dia tidak menyambut lebaran bersama aktor Meerqeen yang dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengannya.
Kata Anna, mereka masing-masing sibuk dengan aktiviti tambahan pula mereka hanya rapat sebagai kenalan kerja dan tidak lebih daripada itu.
"Tahun ini saya tak beraya dengan dia... Dia pun tak ada kat sini.
"Kami rapat sebagai rakan sekerja sahaja, itu sahaja. Kami masing-masing sibuk dengan kerja," katanya.
Sumber: mStar
|