View: 833|Reply: 4
|
Faizal Hussein Seronok Kenang Zaman Nama Di Puncak, Rumah Kena Serbu Peminat Nak Beraya
[Copy link]
|
|
Tiba sahaja musim raya, pasti Faizal Hussein terkenang momen manis kediamannya diserbu peminat yang mahu menyambut Syawal bersamanya.
Faizal, 56, berkata, disebabkan itu dia akan memperuntukkan duit raya secukupnya untuk diberi kepada tetamu terutama golongan kanak-kanak.
IG
"Kalau cakap fasal kenangan raya, masa mula jadi artis dulu memang ramai kanak-kanak serbu rumah nak beraya.
"Macam saya sendiri akan sediakan duit raya untuk diberikan kepada kanak-kanak yang datang. Kalau diingatkan kembali memang seronok.
"Apatah lagi ketika zaman itu duit raya diberikan dalam bentuk wang syiling," katanya kepada mStar.
IG
Bagaimanapun kata Faizal, selepas mendirikan rumah tangga dengan isterinya iaitu pelakon Suhaila Sulaiman pada 2004, dia sudah jarang membuat rumah terbuka untuk peminat.
Ini kerana dia perlu menghormati keluarga mentuanya yang tidak biasa menerima kunjungan tetamu dalam jumlah ramai pada satu-satu masa.
"Saya datang daripada latar belakang keluarga seni dan sudah terbiasa... jadi saya perlu menghormati keluarga mentua yang tidak mahu orang ramai datang kecuali saudara mara dan kenalan terdekat.
"Kalau dulu tiga hari saya layan peminat datang ke rumah namun kini saya perlu hormat privasi keluarga mentua dan sudah terbiasa dengan cara mereka," jelasnya.
Sementara itu, Faizal berkata, seperti tahun-tahun sebelumnya dia akan menyambut Aidilfitri di rumah keluarga mentuanya di Johor.
Kata Faizal, sejak kedua ibu bapanya iaitu pelakon Allahyarham Hussein Abu Hassan dan Mahyon Ismail meninggal dunia, giliran menyambut hari raya tidak pernah menjadi isu buat mereka suami isteri.
IG
"Sejak mak ayah saya meninggal dunia, saya memang setiap tahun beraya di rumah mentua di Johor.
"Tapi sejak dulu lagi kami suami isteri memang tak pernah ada isu untuk tetapkan tahun ini balik rumah siapa, tahun depan balik rumah siapa," ujarnya.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Age gracefully la wife sheols. Nampak syantik |
|
|
|
|
|
|
|
Buat la lagi. Seronok terima tetamu. Rasa puas tgk org makan. |
|
|
|
|
|
|
|
Lejen malaya nih
Hero bujang senang & ggremaja |
|
|
|
|
|
|
|
Laaaaa buatlah kat rumah sendiri |
|
|
|
|
|
|
| |
|