View: 1309|Reply: 10
|
Adeq tak sangka masih ramai ingat Sutun
[Copy link]
|
|
Adeq tak sangka masih ramai ingat Sutun
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/stunker1_1681895098.jpg)
ADEQ pernah terkenal selepas membintangi drama Sutun yang ditayangkan pada 2005. Gambar kanan, Adeq kini bertugas sebagai guru Bahasa Inggeris di SMK Tasek Utara 2, Johor Bahru. FOTO Ihsan Ku Mohd Yusri Ku Abd Rahman
Johor Bahru: Drama Sutun dan Sutun 2 pernah memperkenalkan Ku Mohd Yusri Ku Abd Rahman atau mesra disapa Adeq dalam industri hiburan.
Bagaimanapun, nama Adeq, 40, seakan tenggelam selepas kemunculannya dalam drama itu walaupun wataknya terus diingati sehingga kini.
Selepas sekian lama menyepi, Adeq kini kembali menjadi sebutan netizen selepas aktif di TikTok dan siapa sangka, beliau kini bergelar pendidik dengan mengajar Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Utara 2, di sini.
Bercerita lanjut, anak ketiga daripada enam beradik itu berkata, beliau menceburi bidang perguruan sejak 2010 kerana minat dan galakan keluarga.
"Saya tak hilang ke mana pun... cuma tak aktif dalam dunia hiburan kerana sambung belajar dalam bidang perguruan. Tamat belajar, saya terus bekerja sebagai guru dan ditakdirkan jadi pendidik sehingga kini.
"Jika diikutkan, pelajar tak tahu sebenarnya latar belakang saya sebagai pelakon kerana saya merahsiakannya daripada mereka.
"Bagaimanapun, mereka (pelajar) dapat tahu melalui ibu bapa mereka sendiri selepas berjumpa dengan saya," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Berkongsi perasaan apabila nama dan drama lakonannya masih diingati hingga kini, Adeq mengakui tidak percaya tetapi bersyukur dengan sokongan diberikan orang ramai terhadapnya.
Lantaran drama itu, dia juga mengekalkan nama Adeq yang sudah sebati dengan dirinya.
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/stunker2_1681895100.jpg)
ADEQ puas bergelar pendidik. FOTO Ihsan Ku Mohd Yusri Ku Abd Rahman
"Nama Adeq kekal kerana ia nama panggilan dalam dunia persembahan atau 'stage name'. Saya sangat terkejut apabila masih ramai yang ingat dan kenal kerana saya tidak berapa aktif dalam dunia media sosial.
"Akaun TikTok yang ada pun masih baru tetapi mula bertambah hingga kini mencecah lebih 20,000 pengikut walaupun baru muat naik beberapa video saja," katanya.
Ditanya kemungkinan untuk kembali aktif dan membuat kemunculan semula dalam industri seni tanah air, Adeq mengakui pernah terfikir mengenainya.
"Buat masa ini, tumpuan saya adalah menjadi pendidik kerana kerjaya itu memberi saya kepuasan lihat kejayaan anak didik di persada dunia.
"Cuma, ada juga terfikir untuk aktif semula tetapi persoalannya ada yang terima saya ke? Apa pun, syukur Alhamdulillah. Terharu dan sangat berterima kasih dengan semua.
"Semoga kita semua akan terus berjaya di dunia dan akhirat serta sentiasa berada dalam lindungan-Nya," katanya.
Selain Sutun dan Sutun 2 yang ditayangkan pada 2005 serta 2006, Adeq pernah membintangi drama lain antaranya Paku Di Dinding Hati, Di Pintu Barzakh dan Jangan Hantar Aku Ke Neraka.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... h-ramai-ingat-sutun
|
|
|
|
|
|
|
|
ttibe iols tingat blogger sheritaziz ke apa tah... heshe pon cikgu sekolah katanyerr |
|
|
|
|
|
|
|
sejujurnya iols tak sempat tengok drama sutun sebab bukan era iols sebab iols masih muda bergetah gittew masa tu... tapi tengok jugak la sinopsis kat youtube dan tiktok yang orang share babak2 sutun... kemain yach dialog dia si pengarah gayah hidung lana nodin tu buat... macam nak suruh si adeq tu lakonkan watak pengarah tu sendiri....
yang pernah tengok dan menghayati dengan penuh nafsu dulu2 tu di minta pergi ke konter esteloder yach lepas raya ni untuk beli advanced night repair, supaya boleh titik tiap2 malam kat muka bagi nampak muda balik...
![](static/image/smiley/biggif/24.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
sleepandream replied at 19-4-2023 07:46 PM
ttibe iols tingat blogger sheritaziz ke apa tah... heshe pon cikgu sekolah katanyerr
Cikgu ngajar English kan sheols. Sezaman mirch . Ginger lee. Sapa tah lagi |
|
|
|
|
|
|
|
yaaa mirch iols familiar... ginger lee tak kenal... hahahhahahzaman2 cikcur ponen2... skrg maybe dah insaf masing2 fokus mengajar iols husnuzon ![](static/image/smiley/default/shy.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Tiber iols.teringat itamrazali
![](static/image/smiley/biggif/gif_laughing.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Kat sekolah semakin ramai cikgu2 pondan. KPM suka ambil cikgu pondan sbb dorang kreatif bab kebudayaan/seni. |
|
|
|
|
|
|
|
Better dia stay jadi cikgu at least masa depan terjamin. Jadi retis pun bukan ada pendapatan stabil pun |
|
|
|
|
|
|
|
kan betul setuju sgt plus cikgu2 lembut ni active dan senang ramah jugak dgn student
tgk la meja dia kemain siap carpet2 pink lagi hahahahha
|
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 19-4-2023 07:51 PM
sejujurnya iols tak sempat tengok drama sutun sebab bukan era iols sebab iols masih muda bergetah gi ...
Berkesan sgt ke advanced night repair by Estée Tu sis...sis dah mcm duta lak dok promosi kat acik acik forummers..
![](static/image/smiley/biggif/gif_deepika.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
sleepandream replied at 19-4-2023 10:15 PM
yaaa mirch iols familiar... ginger lee tak kenal... hahahhahahzaman2 cikcur ponen2... skrg maybe d ...
Ginger de la loca. Yang duduk kat Peranchis tu nama apa dah. Dan miss loreal juga. Tapi i suka baca blog kak fibi |
|
|
|
|
|
|
| |
|