CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 154|Reply: 0

[Perlis] 2 buruh Indonesia dipenjara 12 bulan curi wang zakat

[Copy link]
Post time 19-4-2023 05:12 PM | Show all posts |Read mode
2 buruh Indonesia dipenjara 12 bulan curi wang zakat


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my



GUNAWAN Ibrahim (berseluar pendek) dan Risky Saputra (baju belang hijau) dari Indonesia dibawa keluar oleh anggota polis. FOTO Aizat Sharif




Kangar: Dua buruh am warga Indonesia dipenjara 12 bulan kerana kegagalan masing-masing membayar denda sebanyak RM10,000 yang ditetapkan Mahkamah Majistret, di sini selepas mengaku bersalah mencuri wang zakat peruntukan asnaf berjumlah RM22,000 dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kangar 5 April lalu.

Tertuduh, Gunawan Ibrahim, 42 dan Risky Saputra, 37, mengangguk faham dan mengaku bersalah selepas kertas pertuduhan dan fakta kes dibacakan di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd Nor.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didapati mencuri wang sebanyak RM22,000 milik Edrus Hasan yang diletakkan dalam kenderaan jenis Toyota Hilux di hadapan Pasaraya DIY di Kangar Jaya jam 11.25 pagi pada 5 April lalu.

Oleh hal demikian, tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan, kedua-dua tertuduh boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilaksanakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Negeri, Tengku Ruqayyah Tengku Shahrom manakala tertuduh diwakili peguam Zamani Mokhtar.

Terdahulu, Zamani memohon mahkamah agar mempertimbangkan satu hukuman berbentuk denda paling ringan kepada kedua-dua anak guamnya itu memandangkan tindakan tertuduh yang mengaku bersalah itu menjimatkan masa dan kos mahkamah.

Selain itu juga, Zamani juga meminta mahkamah mempertimbangkan kedua-dua anak guamnya yang masih mempunyai tanggungan isteri dan anak yang masih kecil di Indonesia.

Tertuduh juga baharu saja 10 hari berada di negara ini ketika ditangkap dan tidak ada sebarang rekod jenayah sebelum ini.

Malah, Zamani berkata anak guamnya itu sudah insaf, menyesal dan bertaubat aras perbuatan yang dilakukan.

Dalam masa yang sama juga, Tengku Ruqayyah dalam hujahannya pula memohon mahkamah memberikan satu hukuman setimpal atas kesalahan yang dilakukan tertuduh.

Mahkamah kemudian menetapkan tertuduh masing-masing didenda RM10,000 dan gagal membayar denda boleh dipenjarakan selama 12 bulan.

Tertuduh bagaimanapun gagal membayar denda menyebabkan mereka dihantar ke Pusat Koreksional Perlis bagi menjalani hukuman penjara kerana kegagalan itu.



Disiarkan pada: April 19, 2023 @ 4:30pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.053986 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list