View: 1067|Reply: 3
|
Digelar Presiden Kelab Curang, Shuk Sahar Kata, "Maaf, Saya Dah Bersara"
[Copy link]
|
|
Sebuah portal hiburan memuat naik beberapa foto selebriti lelaki yang curang.
Malah, portal tersebut turut mencipta satu kelab khas yang diberi nama ‘Satu Tak Cukup’ dan memberi jawatan kepada selebriti terbabit iaitu Shuk Sahar (Presiden), Syamsul Yusof (Ahli Lama), Hafidz Roshdi (Ahli Lama) dan terbaharu pempengaruh TikTok, View Chin (Ahli Baru).
Foto: IG
Gambar selebriti yang digunakan portal tersebut memaparkan mereka menunjukkan simbol jari telunjuk yang membawa pelbagai maksud.
Lebih menarik, Shuk yang digelar sebagai presiden memuat naik semula hantaran tersebut.
Tidak cepat melatah dengan gelaran yang diberikan, Shuk menyatakan bahawa dia kini telah bersara.
“Maaf saya dah bersara,” tulis Shuk ringkas.
Foto: IG
Walaubagaimanapun, kisah silam Shuk masih menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet sehingga ada yang menyindirnya untuk mengajar cara untuk berlaku curang.
Untuk makluman, Shuk dan Rossa Sera sah bercerai dengan talak satu pada 22 Mac lalu selepas pulang daripada mengerjakan umrah bersama.
Shuk dan Sera berkahwin pada 2015 dan mempunyai dua cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 7 dan Nur Assyifatu Aimi, 4. -CARI
Sumber: XTRA |
|
|
|
|
|
|
|
Semua tak hensem. Yg hensem2 juga setia. |
|
|
|
|
|
|
|
dah bersara pun tapi masih dapat pencen... yihhh...
jangan hengat kaka nak percaya jantan tak herlok macam kau shuk... kalau kau eksiden tepi jalan pun kaka akan buat2 tak nampak dan jalan ala2 fara mendosa sambil libas kopek kiri kanan macam nak hempuk dinding rumah untuk renovate...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|