CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 660|Reply: 4

Bayaran Show Merepek, Harga Tak Masuk Akal-Azan Scan Lebih Rela Berniaga Di Bazar

[Copy link]
Post time 19-4-2023 04:04 PM | Show all posts |Read mode
Vokalis kumpulan Scan, Azan mendedahkan dia lebih sanggup berniaga sendiri daripada menerima tawaran menyanyi dengan harga tidak masuk akal.


Katanya kumpulan Scan masih menerima undangan persembahan pentas namun disebabkan bayaran ditawarkan tidak setimpal dia lebih senang untuk memberi fokus kepada perniagaan.


"Nak kata saya sudah tidak menyanyi lagi, tidak juga. Sebenarnya saya lihat pada keadaan sekiranya orang panggil buat show, kita pergi, tapi kalau tidak, saya okay saya berniaga sendiri.


"Banyak juga undangan persembahan nyanyian yang Scan terima tetapi kadang-kadang penatlah dengan harga merepek yang ditawarkan.


"Bukan nak demand, tapi kalau merepek sangat, saya rasa baik meniaga saja tak ada masalah pun," katanya kepada mStar.




Foto: MStar




Dalam pada itu, Azan menegaskan dia bukan bersikap angkuh dengan menetapkan bayaran yang tinggi, tetapi hanya mahu menjaga harga pasaran khusus buat artis-artis lama supaya pihak tertentu tidak mengambil kesempatan.


Kata Azan, mereka pernah ditawarkan bayaran bawah RM2,000 untuk satu kumpulan bagi membuat persembahan di sebuah majlis.


"Bayangkan RM2,000 nak bagi seorang berapa? Munasabah ke tak munasabah? Tapi saya tahu memang ada artis yang ambil tapi kami tak nak komen apa-apa.


"Disebabkan itu saya mahu menjaga harga pasaran artis kerana kasihan dengan kawan-kawan yang lain. Nanti penganjur ambil kesempatan bila semua artis bersetuju untuk dibayar rendah," ujarnya.


Dalam perkembangan lain, sepanjang Ramadan ini Azan berniaga di 'Bazar Aidilfitri Ampang' yang bertempat di Lorong Ampang Mampan, Ampang, Kuala Lumpur.


Azan sebelum ini berkata dia sudah lama menjalankan perniagaan kerana dibesarkan dalam keluarga yang memang sudah berniaga sejak dia kecil lagi.


Antara produk makanan yang dijual termasuk kapit roll, kerepek dan aneka biskut.


"Saya sudah berniaga di sini sejak Ramadan pertama sehinggalah malam raya nanti. Alhamdulillah, jualan yang kami perolehi memuaskan.


"Kalau cakap fasal jualan, saya rasa ramai peniaga yang merungut kerana kuasa pembeli semakin berkurangan. Nak berniaga ni kita kena tawakal.


"Tapi apa-apa pun saya bersyukur dapat berpeluang berniaga di Bazar Aidilfitri ini," jelasnya.


Sementara itu, Pengerusi Angkatan Malaysia Cemerlang yang juga penganjur 'Bazar Aidilfitri Ampang', Datuk Al Amin Azwar berkata, pihaknya mahu menjadikan Ampang yang terletak di tengah pusat bandar itu sebagai tapak perniagaan tumpuan ramai seperti Danau Kota atau Jalan Masjid India.


"Atas bantuan kawan-kawan dan persatuan artis yang turut membuat marketing di sosial media masing-masing, Insya Allah kawasan ini tampak 'hidup'.


"Sebelum ini pun tempat ini kosong tapi kita dah buat lighting dan hias tempat ini. Yang selama ini bila orang lalu kawasan ini nampak gelap saja. Sekarang ini bila dihias ia nampak unik dan ada daya tarikan tersendiri.


Antara artis-artis yang menyertai ‘Bazar Aidilfitri Ampang’ itu termasuk Keena Mentor, Imuda, Abon, Radhi OAG, Fara Waheeda dan Azan Scan. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2023 04:07 PM | Show all posts
kalau band tu bagus why not letak harga yang munasabah... vokal masih mantap, penonton pun puas hati. penganjur jangan nak kaya soranglah.

6-7 tahun lepas kompeni iols kerja panggil pelawak suam kuku pun bayo 12k
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 04:26 PM | Show all posts
ahli kumpulan 4 orang je kan?
rm500 sorang kira ok la tu, bukannya keluar tenaga banyak pun...

lain la ko hangkut satu rombongan kampung macam mek ani tu sampai tiket di jual mengalahkan harga biskut si muka peta shelup shelup tu....

hujung2 sendu dan takde job nanti jangan minta derma pulak yer...

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
tapi memang meniaga lagi masyuk pun kengkadang dari show semata
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Aik, ingatkan heols join hooreyxfest si boy belon scammer tu. Btw takde siapa bukak tread pasal ni ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.245849 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list