View: 4236|Reply: 46
|
Tiba-Tiba Tak Boleh Berdiri, Rohana Jalil Kritikal Di ICU
[Copy link]
|
|
Penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil, 68, kini dilaporkan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tanpa diketahui penyakit, sejak semalam.
Mengesahkan berita duka itu, rakan baiknya, Datin Salwa Abdul Rahman, pagi ini.
Salwa berkata, dia terkejut diberitahu juara Bintang RTM 1980 itu berada dalam kritikal di ICU sejak semalam.
Foto: Harian Metro
Namun, katanya, doktor masih melakukan pemeriksaan dan pemantauan mengenai penyakit dihidapinya memandangkan penyanyi lagu Rayuanku itu tidak pernah alami penyakit serius sebelum ini.
"Jaafar Onn ada menunjukkan gambarnya bersama Rohana ketika mengadakan persembahan di Plaza Shah Alam, Ahad lalu.
"Bagaimanapun, Jaafar beritahu ketika sedang menyanyi, Rohana tidak boleh berdiri secara tiba-tiba.
"Rohana nak duduk dan terus berada dalam keadaan lemah. Saya memang terkejut kerana mengenalinya, Rohana seorang yang aktif dan jarang sakit.
"Semalam, saya mendapat khabar keadaan Rohana kritikal dalam ICU dengan penyakit yang belum diketahui," katanya.
Salwa berkata, dia diberitahu Rohana dikejarkan ke hospital, kelmarin, namun, anak-anaknya masih merahsiakan daripada pengetahuan sesiapa.
"Bagaimanapun, bila keadaan Rohana semakin kritikal, anak-anaknya mula berkongsi perkembangan kesihatan Rohana dan minta mendoakan kesembuhan.
"elawat tidak dibenarkan melawat Rohana, buat masa ini. Ini kerana Rohana masih dalam ICU dan bernafas menggunakan bantuan oksigen.
"Saya dengar Rohana sudah ada tindak balas sedikit, namun keadaannya masih lemah dan dalam pemantauan, semalam," katanya.
Mengulas fizikal Rohana yang semakin kurus, Salwa berkata, dia tidak mengetahui jika Rohana mempunyai penyakit, memandangkan aktif dan sentiasa cergas.
"Beberapa bulan lalu, saya dan Rohana berada di Brunei hampir sebulan.
"Saya tidak nampak Rohana alami apa-apa sakit sepanjang di sana. Saya percaya Rohana mengawal pemakanan demi menjaga kesihatan.
"Saya tidak bertanya kerana melihatnya sentiasa sihat dan cerdas, cuma fizikal kurus.
"Jadi, saya mohon kita sama-sama mendoakan Rohana kembali sembuh. Saya berhasrat melawat Rohana, cuma menunggu maklum balas anak-anaknya," katanya.-CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Bakal masuk dalam list oleh blastoff. |
|
|
|
|
|
|
|
Acik salwa dh datin
Kira subadron dah dpt datok la eh |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 19-4-2023 03:02 AM
Bakal masuk dalam list oleh blastoff.
Aiols pun terus tefikir akak tu tadi. Sebab dalam list mereka yang bermatian lepas vaksin, ada kes tetiba takleh berdiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku insan yang lemah...hanya mampu berserah |
|
|
|
|
|
|
|
Semuga cepat sembuh & sihat |
|
|
|
|
|
|
|
Umur pun dah penghujung usia
Kdg penyakit dtg tiba2 ni asbab je... |
|
|
|
|
|
|
|
da 68 ye umur dia, nampak cergas
last raya jumpa dia, aktif berjoget lambak lagu seloka di hari raya dgn hail amir
semoga cepat sihat
|
|
|
|
|
|
|
|
pernah nampak rumah datin salwa dalam utube mcm istana, kaya betul business ke dia
|
|
|
|
|
|
|
|
dulu2 laki dia bisness kutip sampah kan? klu x silap la.
|
|
|
|
|
|
|
|
semoga diberikan kesembuhan utk beliau.. |
|
|
|
|
|
|
|
kan.. tangga pun dah cantik.. apa lagi interior dalam kan
|
|
|
|
|
|
|
|
tulah tertanya jugak luas betul rumah dia tu kena ada orang maid tu kalo satu maid tu jenuh nak menyapu hall jek dh besar mcm padang bola, iols raya rumah dia sama besar mcm umah alip syukri tp cantik umah dia
|
|
|
|
|
|
|
|
mungkin kak ana kena strok? |
|
|
|
|
|
|
|
MatDeghem replied at 19-4-2023 12:31 PM
Kurusnya dia |
|
|
|
|
|
|
|
moga acik dara kembali sihat |
|
|
|
|
|
|
|
Dah berumur jugak dia, ingat baru nak masuk 60
Semoga sihat hendaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Jengah ig dia..tekejut tgk. Kurus sgt nmpk sakit |
|
|
|
|
|
|
| |
|