CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 249|Reply: 0

Berpantang Maut Sebelum Ajal, Kereta Penyerang Sensasi Itali Dihentam Trem

[Copy link]
Post time 18-4-2023 11:26 AM | Show all posts |Read mode
Berpantang maut sebelum ajal. Penyerang Lazio dan Itali, Ciro Immobile hanya luka di tangan dan mungkin patah bahu selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya, remuk bertembung dengan trem.


Laporan di Itali menyatakan pemain berusia 33 tahun itu yang meledak 194 gol dalam 289 penampilan bersama Lazio itu dalam keadaan baik, namun mengalami luka di tangan dan mungkin patah bahu.




Getty Images




Ketika kejadian, Immobile memandu berhampiran Ponte Matteotti, kira-kira lima minit dari Stadium Olympico apabila trem terbabit melanggar lampu merah dan menghentam SUV dipandunya.


Immobile dan dua anak perempuannya berada dalam kenderaan ketika insiden berkenaan selain penumpang yang berada dalam trem.


Kedua-duanya anaknya juga hanya mengalami kecederaan ringan.


Berdasarkan video yang tular di media sosial, Immobile berkata: "Saya cuba mengelak ke sebelah kiri, sebab itulah kereta dilanggar hanya pada satu sudut.'


"Trem terbabit melanggar lampu merah tetapi buat masa ini, saya tidak mahu bercakap apa-apa. Lengan saya sakit sedikit."




AG TW




Saksi kemalangan itu mengesahkan dakwaan Immobile di mana trem itu tidak mematuhi lampu isyarat merah yang menyebabkan kenderaan penyerang itu rosak teruk.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.180982 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list