CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 190|Reply: 0

[Perlis] Solat Aidilfitri di Perlis: Jemaah digalakkan pakai pelitup muka, bawa sejadah sendiri

[Copy link]
Post time 18-4-2023 11:16 AM | Show all posts |Read mode

Solat sunat Aidilfitri di Perlis tahun ini digalakkan untuk dilaksanakan di tanah lapang seperti yang dilaksana sebelum ini. - Foto fail NSTP

ARAU: Jemaah yang akan menunaikan solat Aidilfitri di seluruh Perlis digalakkan memakai pelitup muka dan membawa sejadah sendiri, berikutan terdapat peningkatan penularan kes COVID akhir-akhir ini.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, bertitah perkara berkenaan selaras dengan pelaksanaan solat Aidilfitri di seluruh negeri itu yang turut digalakkan untuk dilaksanakan di tanah lapang (musolla) yang diselaraskan pada jam 8 pagi, sama seperti pelaksanaan pada tahun sebelum ini.

"Pemilihan tanah lapang berkenaan tertakluk kepada ketetapan oleh Jawatankuasa Kariah Masjid masing-masing di seluruh Perlis dan pelaksanaan ini selaras dengan Sunnah Baginda Rasulullah SAW.

"Walaubagaimanapun, pihak Jawatankuasa Kariah boleh mempertimbangkan penggunaan ruang dalam masjid sekiranya terdapat keperluan, bergantung kepada ruang dan bilangan jemaah yang hadir.


"Bagi pelaksanaan solat Aidilfitri selain musolla yang ditentukan oleh pihak Jawatankuasa Kariah seperti surau rasmi dalam Negeri Perlis, pelaksanaannya hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Kariah Masjid dan mendapat persetujuan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs)," titah Tuanku Syed Faizuddin dalam kenyataan media hari ini.

Baginda yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah, sekiranya keadaan cuaca tidak sesuai, pelaksanaan solat Aidilfitri akan dilaksanakan dalam ruang dalam masjid kariah masing-masing pada jam 8.15 pagi.

"Hebahan berkaitan perubahan lokasi dari musolla ke ruang dalam masjid perlu dimaklumkan oleh Jawatankuasa Kariah Masjid pada jam 7.45 pagi dan memandangkan terdapat peningkatan jumlah kes COVID-19 seperti yang dilaporkan di media, maka digalakkan kepada jemaah untuk mengambil langkah keselamatan yang perlu seperti memakai pelitup muka serta membawa sejadah sendiri.

"Bagi pelaksanaan Solat Aidilfitri di Kariah Kota Raja Arau, solat akan dilaksanakan di Dataran Istiadat Istana Arau namun sekiranya keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, solat Aidilfitri akan didirikan di ruang solat Masjid Negeri Arau.

"Pengurusan masjid hendaklah melaksanakan tatacara berkaitan pelaksanaan solat Aidilfitri seperti lafaz takbir hari raya, kaifiyat solat, khutbah hari raya dan sebagainya dengan merujuk kepada panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis.

"Sekiranya 1 Syawal jatuh pada Jumaat bersamaan 21 April, jemaah yang hadir solat Aidilfitri boleh memilih untuk menunaikan solat Jumaat atau solat Zohor berdasarkan riwayat yang sahih daripada salaf al-saleh," titah baginda.

https://www.bharian.com.my/berit ... i-pelitup-muka-bawa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.255190 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list