CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 141|Reply: 0

[Sabah] Majikan diminta selesai isu bayaran gaji 600 pekerja babitkan nilai RM3.8 juta

[Copy link]
Post time 17-4-2023 11:53 PM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Kontraktor pembinaan sebuah kilang di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) di sini diarahkan agar melangsaikan bayaran gaji membabitkan 600 pekerja yang tertunggak bulan lalu berjumlah kira-kira RM3.8 juta.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud berkata arahan itu dikeluarkan selepas berlakunya kes pergaduhan antara pekerja dengan majikan warga asing dari Korea Sabtu lalu.

“Berdasarkan sumber majikan serta pekerja yang dimediasi oleh Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah sendiri, kejadian disebabkan kelewatan pembayaran gaji bulan Mac.

“Mengikut perjanjian, gaji pekerja terbabit perlu dibayar pada minggu pertama setiap bulan, bagaimanapun sehingga kini tiada pembayaran dibuat menyebabkan berlaku pergaduhan akibat ketidakpuasan hati pekerja hingga memukul majikan warga Korea.

“Bertindak dengan kejadian, Pengarah JTK Sabah bersama Ketua Balai Polis Manggatal mengadakan perbincangan dengan wakil pekerja dan majikan sebelum majikan bersetuju membayar gaji yang tertunggak itu pada 17 dan 18 April,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Iftar Bersama Penduduk Kampung Darau Manggatal di sini kelmarin.

Katanya JTK juga akan menempatkan pegawai di tapak kilang terbabit bagi memastikan proses pembayaran gaji dilakukan seperti yang dijanjikan.

Tambahnya kehadiran pegawai JTK itu juga bagi memantau dan mendengar sekiranya ada kemungkinan aduan tambahan yang diutarakan pekerja.

Dalam pada itu Mustapha memberi amaran terhadap mana-mana majikan termasuk syarikat asing yang gagal atau lewat membayar gaji pekerja akan diambil tindakan oleh pihak kementerian selaras dengan peruntukan Ordinan Buruh Sabah.

“Majikan dikehendaki baca dan fahamkan Ordinan Buruh Sabah, kita akan mengambil tindakan terhadap majikan yang tidak membayar gaji atau lewat, saya beri amaran pastikan bayar gaji ikut perjanjian.

“Pada masa yang sama, saya juga mengingatkan pekerja tempatan supaya bertindak mengikut lunas undang-undang, sebab jika tidak ikut undang-undang, ia boleh mengakibatkan implikasi kepada mereka pada kemudian hari,” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan berasingan Mustapha juga menjamin akan memberikan bantuan bekalan air kepada penduduk terjejas di kawasan sekitar Sepanggar dan lokasi sekitarnya.

“Penduduk yang menghadapi masalah kekurangan bekalan air terutama menjelang Aidilfitri ini diminta menghubungi Pejabat Parlimen bagi membolehkan bekalan air disalurkan menggunakan tangki lori.

“Setakat ini kita sudah menyalurkan 75,000 liter air di beberapa kawasan terjejas dan sejumlah 395,000 liter air akan disalurkan kepada penduduk sehingga Hari Raya ini,” katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 01:21 AM GMT+8 , Processed in 0.051996 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list