View: 186|Reply: 0
|
Tiada Pemain Selangor Bergaji RM132,000
[Copy link]
|
|
Selangor FC (SFC) menafikan dakwaan bahawa pemain pasukan itu ditawarkan gaji sehingga RM132,000 seperti yang didedahkan oleh sebuah laman media sosial, hari ini.
Menerusi satu kenyataan, pasukan itu menegaskan bahawa kandungan hantaran itu adalah palsu, tidak tepat dan dianggap fitnah.
"Kelab menafikan sekeras-kerasnya menggaji mana-mana individu dengan skala gaji yang didakwa di dalam siaran media sosial terbabit.
"Kelab mengutuk sekeras-kerasnya penyebaran maklumat palsu yang boleh merosakkan imej kelab yang bertujuan untuk menimbulkan keresahan dan menggugat kestabilan kelab, lebih-lebih lagi sambil bersembunyi di sebalik tabir tanpa nama.
"ihak kelab akan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya, termasuk tetapi tidak terhad kepada pemfailan laporan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan pihak berkuasa lain yang berkaitan," kata pasukan itu.
Selain itu, pasukan juga memberi jaminan bahawa pasukan itu berada pada landasan yang baik dalam pelbagai aspek.
"(Kelab) akan kekal komited terhadap nilai SFC yang berteraskan integriti, ketelusan dan keadilan dalam membina sebuah kelab bola sepak yang kukuh dan berjaya, di atas mahupun di luar padang.
"Kelab tidak akan mengulas lanjut mengenai perkara ini sementara menunggu prosiding undang-undang," kata SFC.
Terdahulu, satu hantaran menerusi laman Harimau Selatan X mendakwa skuad Gergasi Merah menawarkan gaji sehingga RM132,000 untuk pemain import mereka.
Hantaran terbabit memaparkan kandungan kontrak secara lanjut yang bakal diterima pemain pasukan itu yang ditawarkan bagi musim 2023.
Sumber: BH ONLINE |
|
|
|
|
|
|
| |
|