View: 220|Reply: 0
|
Lampard gagal ubah nasib Chelsea
[Copy link]
|
|
LAMPARD (kanan) tidak tahu untuk berkata apa-apa selepas Chelsea merekodkan kekalahan ketiga berturut-turut sejak beliau dilantik sebagai pengurus sementara pada 6 April lalu. – AFP
LONDON – Kehadiran Frank Lampard sebagai pengurus sementara sehingga tamat musim ini masih gagal mengubah nasib Chelsea apabila merekodkan kekalahan ketiga berturut-turut sejak dilantik pada 6 April lalu.
Lampard, 44, gagal memastikan kemenangan pertamanya bersama The Blues walaupun sudah mendahului seawal minit ke-13 menerusi Conor Gallagher apabila tewas 1-2 kepada Brighton pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) kelmarin.
Ia susulan kebangkitan hebat Brighton hasil jaringan Danny Welbeck dan Julio Enciso pada minit ke-42 serta 69 untuk membolehkan pelawat menang di Stamford Bridge buat kali pertama dalam sejarah kelab itu.
“Saya sangat kecewa kerana Brighton lebih berhak memenangi perlawanan ini. Mereka sebenarnya mungkin boleh menang dengan jaringan yang lebih besar daripada ini.
“Kami tidak bagus di semua bahagian. Saya tidak mahu mempersoalkan apa-apa kerana kami lemah dalam semua asas bola sepak. Ada sesetengah pemain seperti sudah tidak mampu untuk bermain,” kata Lampard.
Keputusan itu menyaksikan Chelsea gagal mencatat kemenangan daripada enam perlawanan terakhir dalam semua kejohanan sejak menewaskan Leicester City 3-1 ketika di bawah kendalian Graham Potter pada 11 Mac lalu.
Lebih malang, peluang The Blues untuk beraksi sekurang-kurangnya dalam saingan Liga Europa atau Liga Konferensi Eropah dilihat semakin sukar apabila kekal menghuni tangga ke-11 dengan 39 mata.
Sebaliknya, Brighton yang ketika ini berada di tangga ketujuh pula berpotensi melonjak dua anak tangga ke kedudukan kelima untuk menyambar slot Liga Europa kerana masih mempunyai dua perlawanan dalam tangan. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... ubah-nasib-chelsea/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|