CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 176|Reply: 0

[Sabah] Pukul majikan, 2 pekerja ditahan

[Copy link]
Post time 17-4-2023 08:30 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR menunjukkan sekumpulan pekerja merusuh. FOTO tular

Kota Kinabalu: Polis menahan dua individu dan mengesan dua lagi rakan mereka selepas dipercayai terbabit memukul pengarah projek pembinaan sebuah syarikat swasta di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), semalam.

Beberapa video kejadian itu turut tular di media sosial dan ia dipercayai berlaku akibat rasa tidak puas hati pekerja binaan terbabit kerana lewat dibayar gaji oleh majikan mereka iaitu mangsa yang juga seorang warga Korea.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, mangsa lelaki berusia 53 tahun terbabit telah membuat laporan polis pada jam 12.40 tengah hari tadi.

Katanya, mangsa iaitu pengarah projek pembinaan mengalami lebam serta bengkak di beberapa bahagian badan dan mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Queen Elizabeth (HQE).

"Susulan laporan itu, polis menahan dua suspek yang terbabit dalam kejadian itu manakala dua lagi rakan suspek yang turut terbabit dalam kejadian itu sedang dikesan.

"Hasil siasatan mendapati, punca berlakunya kejadian itu adalah disebabkan keempat-empat suspek serta pekerja-pekerja lain tidak berpuas hati atas kelewatan pembayaran gaji oleh pihak syarikat," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohd Zaidi berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya menasihati orang awam yang mempunyai sebarang pertikaian supaya menyelesaikan mengikut saluran undang-undang yang sedia ada dan tidak sesekali menggunakan sebarang kekerasan yang boleh membawa kepada implikasi undang-undang.

"Polis juga berharap tiada mana-mana pihak membuat spekulasi berkaitan kejadian ini yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dan sebagainya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-2-pekerja-ditahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.204425 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list