CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 222|Reply: 0

[Perlis] Bumbung sekolah terbang dalam ribut

[Copy link]
Post time 16-4-2023 09:49 PM | Show all posts |Read mode
Bumbung sekolah terbang dalam ribut


Oleh Aizat Sharif - April 16, 2023 @ 8:08pm bhnews@bh.com.my




Bumbung SK Ujong Batu, Kangar dibadai ribut menyebabkan sekolah berkenaan ditutup sehingga lepas Aidilfitri untuk kerja pembaikan. - Foto PEMBACA




KANGAR: Keseluruhan bumbung blok utama Sekolah Kebangsaan Ujong Batu, Jalan Mengkuang Layar, di sini tercabut diterbangkan angin dalam ribut, hari ini.

Kejadian jam 2.50 petang itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kemalangan jiwa kerana kejadian berlaku ketika murid dan guru sedang bercuti hujung minggu.

Ribut yang melanda turut mengakibatkan 19 rumah sekitar Kangar dan Arau turut rosak dan terjejas.

Tinjauan di sekolah berkenaan mendapati kerja mengalihkan serpihan bumbung sedang dijalankan oleh pekerja am sekolah.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Naharudeen Othman, berkata, ribut bersama hujan lebat di kawasan sekolah menyebabkan bumbung di bangunan dua tingkat terbang dan bertaburan di kawasan sekolah dan kejiranan berhampiran.

"Langkah kecemasan yang diambil selepas berbincang dengan pihak sekolah ialah memberi cuti pada 17 dan 18 April atas aspek keselamatan dan bilik darjah terkesan.

"Cuti awal itu kemudian diikuti dengan cuti sekolah sempena perayaan Aidilfitri dan kerja pembaikan dan pembersihan akan dilaksanakan pada tempoh itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, sekiranya keadaan bumbung di bangunan sekolah itu belum dapat dibaiki sepenuhnya apabila sesi persekolahan dibuka, pihaknya sudah mengarahkan pentadbiran sekolah menggunakan kelas khas untuk sementara waktu, bagi meneruskan pembelajaran.

Sementara itu, Urusetia Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perlis dalam kenyataan berkata, sebanyak 23 kes kerosakan dilaporkan sehingga jam 6 petang tadi membabitkan kediaman, bangunan sekolah, premis perniagaan dan gerai penjaja di bazar Ramadan.

"Pada masa ini pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis (JKM) dan Majlis Agama Islam Perlis (MAIPS) sedang giat mengumpulkan maklumat mangsa yang terbabit bagi tujuan penyaluran bantuan," katanya.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.139685 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list