View: 245|Reply: 2
|
Wee Kesal Tambang Pesawat Sehala Kl-Tawau Lebih RM3,000
[Copy link]
|
|
Bekas menteri pengangkutan Wee Kasiong menyuarakan kekecewaannya kerana harga tambang kapal terbang kelas ekonomi terlalu mahal menjelang musim perayaan Aidilfitri.
"Saya merayu kepada syarikat penerbangan, berpada-padalah, tambang terlalu tinggi membebankan rakyat jelata," katanya pada kenyataan disiarkan di Facebook.
Wee berkata dia menjangkakan jawapan standard kerajaan adalah 'dasar kerajaan tidak mengawal tambang penerbangan' kerana 'dynamic pricing mechanism'(mekanisme penetapan harga dinamik).
"Apa pun, tak kira zaman siapa memerintah, acap kali Kementeri Pengangkutan (MOT) menjawab sebegitu, rakyat sukar menerima jawapan standard tersebut.
"Kepada syarikat penerbangan, tolonglah rakyat. Kasihanilah rakyat," katanya yang menerajui kementerian itu dari 2020 ke tahun lalu.
Wee berkata semakannya mendapati tiket penerbangan sehala dari Kuala Lumpur ke Tawau untuk kelas ekonomi menjelang musim Hari Raya Aidilfitri ini (20 April 2023) menjangkau RM3,138.
"Macam mana keluarga B40 dan M40 khususnya warga Tawau di perantauan nak beraya tahun ni," soalnya.
Presiden MCA itu berkata sektor penerbangan telah beransur pulih daripada pandemik Covid-19.
"Syarikat penerbangan tiada alasan untuk tidak menambah frekuensi selagi ada kemampuan dan tiada lagi sekatan “passengers load” sebanyak 50 peratus sewaktu Covid-19 yang memberi justifikasi harga tambang penerbangan melonjak tinggi.
“Tambahan pula, frekuensi penerbangan tidak lagi dikawal oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah atau Sarawak, Myairline telah pun beroperasi pada 1 Disember 2022; malah Mavcom pun telah meluluskan banyak penerbangan seperti zaman pra Covid-19," katanya.
Semasa menjadi menteri pengangkutan, Wee dilaporkan berkata kerajaan tidak akan campur tangan dalam penetapan harga penerbangan domestik.
“Sejak 2006, kami telah membenarkan persaingan untuk menetapkan harga. Kini dengan pandemik Covid-19 dan penutupan mendadak industri, syarikat-syarikat ini terpaksa menanggung kerugian besar," katanya di Parlimen pada Nov 2021.
Sementara itu, pengganti Wee, Anthony Loke dilaporkan berkata pada Disember bahawa kementerian itu tidak bercadang untuk mengenakan harga siling bagi tiket penerbangan kerana langkah sedemikian akan memberi kesan buruk kepada penumpang udara.
Loke berkata adalah lebih baik syarikat penerbangan meningkatkan kekerapan penerbangan untuk mengurangkan dinamik perubahan harga.
Sumber: MALAYSIAKINI |
|
|
|
|
|
|
|
Reported, disliked. Thread dah ada nokkk |
|
|
|
|
|
|
|
Mmmg mahal pon…tahun lepas pon mahal…kalau SG lah, baik beli tiket pegi Australia untuk mak ayah sekeluarga pastu beraya ramai2 kat sana…pegi balik aussie baru dalam rm2k…siap boleh ber holiday 1 family sama2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|