CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1995|Reply: 30

Gaji 3K, Tunang ‘Demand’ Hantaran 20K, Duduk Kondo Mahal, Lelaki Sedang Fikir Nak Batal Perkahwinan

  [Copy link]
Post time 16-4-2023 02:18 PM | Show all posts |Read mode
Baru-baru ini, seorang lelaki membuat satu pengakuan di Twitter berhubung kekecewaannya terhadap bakal isteri.


Lelaki itu memberitahu bahawa dia kini buntu sama ada mahu meneruskan atau tidak perkahwinan mereka.


Menceritakan mengenai situasi sebenar, lelaki ini menyenaraikan beberapa contoh tingkah laku bakal isteri yang menyebabkan dia meragui ‘masa depan’ mereka.






“Perkara pertama, dia mahukan mas kahwin RM20,000 dan itu belum termasuk kos cincin dan tambahan berkaitan majlis perkahwinan yang dia akan tambah,” katanya.


Selain itu, lelaki ini juga memberitahu dia disuruh untuk meletakkan wang pendahuluan demi sebuah kondominium mereka mahu menyewa.


Lebih memburukkan keadaan apabila menurutnya, tunangnya tidak mempunyai pekerjaan tetap atau stabil.


Tambahnya, wanita itu tidak bercadang untuk mencari pekerjaan baharu dengan alasan sudah bersedia untuk timang cahaya mata.


Menjelaskan situasi kewangan, lelaki itu menyatakan bahawa dia kini hanya berpendapatan RM3,000 sebulan.


Dia cuba berbincang dengan tunangnya jika wanita itu dapat membayar sejumlah RM2,000 untuk deposit kondominium mereka bakal duduki.


“Lepas berkahwin gaji saya RM3,000 saja jadi saya kata kat dia awak bayar RM2,000. Jadi kita gabung jadilah RM5,000.


“Kita kongsilah sama-sama kos sara hidup. Saya seorang tanggung pengsan RM5,000 setiap bulan.


“Dia merungut kata itu dan ini mengadu dia tak nak keluar sejumlah tu. Saya boleh bayangkan lepas kahwin macam mana bingit dia,” jelasnya lagi.


Di akhir luahannya lelaki itu meminta nasihat daripada orang ramai dengan mengatakan bahawa dia lebih rela melarikan diri dan berkahwin dengan gadis dari Thailand.


Rata-rata netizen mencadangkan agar dia meninggalkan tunangnya dan mencari pasangan lain demi kebaikannya.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2023 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn proceed.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2023 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Putus ajolaaa.. aku yg jenis dengo kata pun gado gado dgn laki.. ye laa aku pun Ade nfsu..  inikan plk mintak mcm mcm.. pgsn luu
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2023 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
uishhh..gila sangat..gaji 3k je kot. Saja eh nak bg syarat puteri gunung ledang
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 03:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak layak kawin lg dik. Ko keje laa tanggung diri & mak ayah jer dulu. Awek tak guna bersepah ko bleh dpt. Ni belum apa2 dh demand itu ini ikut sedap tekak dia jer
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 04:49 AM From the mobile phone | Show all posts
minah tik tok ka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2023 08:25 AM | Show all posts
tunang kuat main sosial media ni ..
blah je bro.. dunia org yg obses melampau sosial media ni lain macam.. kau mudah bosan nanti
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 08:30 AM | Show all posts
Putus je la bro. Lain la kalau gaji heolls 3k, tunang 3k. Sama2 gabung utk kos sara hidup. Tu baru la susah sama susah. Ni nak harap laki sorang hempas pulas zaman serba mahal ni. Elok ditempeleng muka tunang tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2023 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau rasa tak bole buat tinggalkan jela buat ape nk tny tny org
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Cari lain bro hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 11:15 AM | Show all posts
cari pompuan lain..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
mcm ipar iols baru kawen,bini lak x keje tup2 prgnt.bini ajak duduk kondo, tp tgh kumpul duit nk msuk kondo.i tlg carikan rumah landed fully furnished,kenal sbb kawan,dpt 600 je tp dkt pesisir bandar.dia xnk, nk kondo duduk tgh bandar.keja harapkan grab je pun.dia bongsu, 4 atas menanggung dia.minggu ni pinjam abg,mnggu dpn pnjam kakak, selera bini kemain besar, baju nk butik sesaje,brg2 pn xnk shopee,tp i rasa laki pun xmo brtegas.kalau bertegas dari awal,mesti x kn tny benda2 cmni.ukur la baju bdn sendiri  bkn ikut bdn org lain
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 01:56 PM | Show all posts
Kau nak kawin dgn pompuan fefeling anak dato'...rentikan jerlah
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 02:16 PM | Show all posts
hmm..mcm x wajar kawin je ni..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 02:27 PM | Show all posts
yondu replied at 17-4-2023 11:26 AM
mcm ipar iols baru kawen,bini lak x keje tup2 prgnt.bini ajak duduk kondo, tp tgh kumpul duit nk msu ...

Jgn bagi laki u tolong org mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki kan pandang yg cantik je. Yg beshe2 tapi memahami & ada empathy dekat pasangan, kena layan macam kain lap kaki. Dah itu yg dipilih, hadap jela
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2023 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya pompuan tu pun xnak ko. Sesaje je. Nak putus cara baik. Agaknya laa..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
ezacbee replied at 19-4-2023 06:38 AM
Rasanya pompuan tu pun xnak ko. Sesaje je. Nak putus cara baik. Agaknya laa..

Kan uolss i pon rasa begitu
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2023 09:06 AM | Show all posts
mampu ke tak?

tak mampu? apa susah putus je

byk lagi bunga, ntah elok ke tak bunga ko ni,

ni silap2 mmg dia nak putus dgn ko cuma nak bagi dlm bahasa halus je
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2023 12:37 PM | Show all posts
buat apa nak menjerat diri sendiri. carilah perempuan lain. jgn sampai pinjam sana sini untuk memuaskan nafsu perempuan begini. byk lagi pepek diluar sana.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.098645 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list