CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 512|Reply: 0

Beri Hadiah Mewah Kepada Peminat Bertuah, Netizen Puji Ria Ricis Pemurah

[Copy link]
Post time 16-4-2023 09:25 AM | Show all posts |Read mode
Selebriti media sosial iaitu Ria Ricis bakal menghadiahkan barangan mewah jenama Dior kepada pengikut bertuah sempena Aidilfitri tidak lama lagi.


Ria memuat naik sebuah video di aplikasi TikTok miliknya dengan menunjukkan antara barangan yang bakal diberi termasuk skaf, dompet dan minyak wangi.






"Hadiah Dior buat kalian (pengikut media sosial). Ini edisi terhad saya pesan untuk kalian dan ada banyak lagi. Mari kita buka.


"Hadiah pertama ada skaf materialnya sangat bagus. Ada minyak wangi travel berserta dompet. Warnanya juga sesuai untuk tema Aidilfitri," katanya.


Menerusi video berdurasi 57 saat itu, Ria memberikan syarat untuk memenangi hadiah mewah tersebut dengan hanya menulis komen terbaik.


"Tulis komen terbaik, semoga kamu yang bertuah,” tambahnya lagi.


Hantaran itu menerima lebih 800,000 tanda suka dengan 120,000 komen.


Rata-rata peminat mencuba nasib dengan meninggalkan komen berharap dapat memenangi jadiah tersebut sempena Aidilfitri ini.






"Sudah 10 tahun saya tidak beli beg tangan. Saya tidak pernah memenangi apa-apa hadiah dari kak Ria.


"Saya tidak pernah beli barangan mahal begitu, jangankan beli, pergi ke pusat membeli-belah juga tidak pernah," tulis netizen.


Pada 8 April lalu, Ria menghadiahkan pakej umrah buat pemandu pelancong yang bernama Silmi kerana telah membantunya sewaktu bercuti ke Singapura.


Tindakan Ria itu mendapat perhatian netizen yang memuji kebaikan selebriti media sosial berkenaan.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.582342 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list